Kredit foto: Kompas International
Hong Kong yang ditadbir secara separa autonomi telah menyaksikan protes dan pertembungan anjuran pembangkang sejak tiga bulan lalu bagi membantah satu rang undang-undang ekstradisi sebelum ia bertukar menjadi pergerakan memperjuangkan reformasi demokrasi.
Kejadian demonstrasi oleh kumpulan demonstrasi Hong Kong ini berikutan Rang Undang-Undang ekstradisi yang digantung dan membolehkan orang di bandar Hong Kong dihantar ke Tanah Besar China bagi dibicarakan di mahkamah yang dikendalikan oleh Parti Komunis.
Kredit foto: Liputan6.com
Protes ini berlaku selepas Hong Kong kembali ke China di bawah kaedah 'satu negara, dua sistem' yang membenarkan kebebasan seperti hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas sudah lagi tidak boleh mereka nikmati.
Protes yang berlaku sejak pertengahan Jun lalu dilihat semakin menjadi-jadi dan seakan-akan tiada penghujungnya. Bermulanya protes di stesen keretapi, seterusnya ke lapangan terbang dan jalan-jalan besar sehinggalah menyebabkan beberapa operasi perkhidmatan di bandar lumpuh.
Kredit foto: BBC
Kredit foto: Astro Awani
Terbaru, sebuah masjid di Hong Kong, Masjid Kowloon menjadi kotor apabila terkena cecair biru yang disasarkan kepada kumpulan demonstrasi oleh pihak keselamatan.
Kredit foto:
Usai insiden itu, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam dikatakan telah bertemu dengan Ketua Imam Muhammad Arshad bagi melakukan permohonan maaf.
Malah, kumpulan demonstrasi itu kemudiannya bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut.
Kredit foto: Hong Kong Police Force
Rentetan kejadian itu, Pasukan Polis Hong Kong turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghormati kebebasan beragama dan akan melindungi tempat-tempat keagamaan di sana.
Sekali pandang, protes ini dilihatkan sebagai penentangan penduduk Hong Kong kepada rancangan China yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke tanah besar China.
Namun, semua ini tidak berlaku dalam sekelip mata, di mana terdapat banyak konteks penting dan beberapa daripadanya telah wujud sejak dahulu lagi.
Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing bagaimanapun kini semakin kuat mempertahankan pendirian mereka. Apapun sebabnya, semoga protes ini akan berakhir segera.
Kerana apabila gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang mati di tengah-tengah. Dalam konteks ini, rakyat Hong Kong serta prestasi negara itu yang menjadi korbannya. - CARI
Sumber : Hong Kong Police Force |