Seorang wanita meluahkan rasa berangnya terhadap suami yang mencanangkan keadaannya yang sedang hamil luar nikah ketika majlis bertandang di rumah lelaki itu.
Memulakan cerita di Twitter @twtmalaywedding, wanita yang hanya menggunakan nama samaran Zulaikha berkata, mereka berkenalan di sebuah kedai jahit.
Gambar Hiasan
'Saya pelajar cemerlang semua A dalam PMR dan SPM, 4 flat Matriks, manakala pointer tidak pernah kurang 3.8 peringkat ijazah dan bertemu dengan suami ketika menjalankan perniagaan tudung online,' katanya.
Kredit foto: Twitter / Mstar
Menurut Zulaikha lagi, mereka bertunang selepas lapan bulan berkenalan kerana takut pelbagai tohmahan kerana selalu bersama, lagipun kedua-dua belah ibu bapa merestui hubungan mereka.
'Tapi, dia mulai berani sentuh aku selepas tunang sehingga kami terlanjur berzina hampir setiap minggu di rumah sewa.
'Tiga bulan sebelum majlis, saya mengandung dan kami senyap-senyap kahwin di Thailand,' luahnya lagi.
Kredit foto: Carian Google
Perancangan majlis kahwin dikatakan terus berlangsung selepas mereka bersetuju merahsia perkara itu daripada keluarga, termasuk majlis di sebelah perempuan.
Bagaimanapun, suami Zulaikha rupa-rupanya mendedahkan rahsia perihal dia mengandung ketika majlis bertandang di sebelah lelaki.
Kredit foto:
'Aku marah, jaga aib suami selama ini tetapi dia jadi pengkhianat besar dalam hidup aku. Macam nak bunuh diri!' luahnya berang.
Kredit foto: Twitter / Mstar
Mendedahkan kisah itu berlaku hampir 10 tahun dahulu, Zulaikha berkata, dia kini sudah bahagia dengan suami dan tiga anaknya.
Beliau bagaimanapun menasihati gadis-gadis di luar sana supaya tidak terlalu mempercayai lelaki walaupun teman lelaki atau tunang sendiri. Satu cerita yang boleh diteladani oleh wanita di luar sana. - CARI |