Isu penularan geng basikal lajak dalam kalangan kanak-kanak pernah menggemparkan negara apabila sekumpulan remaja maut dilanggar dalam satu kemalangan di Johor Bahru tidak lama dulu.
Terbaru, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah melepas dan membebaskan pemandu tersebut daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 itu.
Kredit Foto - OhBulan
Keputusan itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat, malah ibu bapa kumpulan remaja berkenaan turut tidak dapat menerimanya.
Dalam pada itu, tular pula video sekumpulan remaja menunggang basikal lajak secara berkumpulan di jalan raya di Taman Muda Ampang, Selangor.
Video berdurasi lebih kurang dua minit itu memaparkan kira-kira lima hingga enam remaja dipercayai berlumba sambil diekori sebuah motosikal dipercayai rakan kepada sekumpulan remaja terbabit berjaya dirakam pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Di hujung video berkenaan, dua daripada kumpulan remaja ini telah jatuh tergolek di atas jalan raya dan kemudiannya dibantu pemandu teksi terbabit. Mujurlah kecederaanya tidak serius.
Dalam video lain yang turut tular, dapat dilihat betapa bahayanya remaja-remaja ini menyusuri jalan raya dengan basikal mereka. Nasib mereka baik kerana tiada kemalangan berlaku.
Rata-rata netizen menyelar tindakan remaja-remaja terbabit yang disifatkan sengaja mengundang masalah kepada pengguna jalan raya.
FB Vincent Loke
Tidak dinafikan netizen berasa marah pada aktiviti berbahaya ini dan meninggalkan komen sinis.
Kredit Foto - FB Saiful Bahari
Daripada dua video yang tular di atas, dapat disimpulkan bahawa tragedi basikal lajak sebelum ini masih tidak mampu mewujudkan kegerunan dalam kalangan remaja yang sudah menggilai aktiviti basikal lajak.
Ibu bapa harus sedar bahawa segala permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak terutama mereka yang masih di bawah umur, kesannya akan ditanggung ibu bapa.
Jika timbul masalah, maka ibu bapa akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001.
Sampai bilalah agaknya hal ini terus berlaku? - CARI |