View: 24254|Reply: 181
|
Faizal Hussein terkilan bayaran sama dengan Syafiq Kyle
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 4-11-2019 09:06 AM
'HATI KAU KERAS ROY'..
Faizal Hussein Terkilan Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyle
Oleh Farizan Zainal
Memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK2019, bagaimanapun Faizal Hussein mendedahkan namanya sering digugurkan daripada drama dan filem gara-gara bayaran dimintanya yang dikatakan terlalu tinggi.
Menurutnya, disebabkan itu juga wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen. Ujarnya lagi, kebanyakan filem hebat akan mencarinya terlebih dahulu, namun mereka akan berubah fikiran selepas mendengar harga yang ditawarkan.
“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain. Baru-baru ini pun nama saya sekali lagi digugurkan daripada membintangi sebuah filem besar.
“Semuanya sebab harga yang saya minta. Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini, kalau saya minta lebih, confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Jelasnya lagi, bayaran yang dimintanya tidak terlalu tinggi dan setimpal dengan komitmen watak tersebut. Malah, Faizal turut mempersoalkan penerbit yang memilih untuk membayar pelakon Syafiq Kyle meskipun nilai bayaran yang sama sepertinya.
“Harga yang saya minta tu tidaklah tinggi saya, modal pakaian saya untuk malam ini sahaja dah RM7,000. Belum masuk kos-kos lain yang saya terpaksa tanggung, bayangkan betapa sedihnya perasaan saya.
“Kadang-kadang mereka ini tak tahu bagaimana cara saya bekerja dengan komitmen dan begitu banyak usaha yang sala lakukan. Mereka tak hargai.
“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Klye sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia?” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nasib pelakon di malaysia memang camni. Kalau di hollywood, masih mahal walaupun dah tua.
If penyanyi pula, kalau tahap legend, yes, mahal. Tapi kalau sendu di usia muda, memang dah tua krik krik krik je la |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. artis yang berlakon dengan bersungguh2.. dengan 'rasa' diketepikan
cuma sebab tak dapat tarik crowd
bagilah artis2 kayu yang berlakon macam kambeng untuk lead
walaupun riak muka nada suara sama je setiap drama yang dia muncul |
|
|
|
|
|
|
|
faizal hussein ni bg la watak ape pon.semua menjadi
drama yg dia belakon dengan sariyanti tu....ya Allahhh gerammmm je aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat mcm mne... produksikan lebih memilih berapa ramai followers wlwpon lakonan kayu kayan... |
|
|
|
|
|
|
|
itulah kepelikan malaysia.. makin tua makin tak dihargai.. |
|
|
|
|
|
|
|
antara pelakon yang sangat dan masih berbisa..sayang bakat dia org xnampak...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni bayaran dlm filem PUSAKA ke...
sesuai le ngn karektor dan watak utama dipegang..
dan yg penting bukan kayu kayan balak kejung k..
x padan pelakon pembantu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Lama Dalam Industri, Faizal Hussein 'Bengang' Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyl
Sejak kebelakangan ini, susah betul nak nampak kelibat pelakon veteran yang terkenal suatu masa dahulu di kaca televisyen. Kalau dulu mereka ini digelar sebagai 'Hero Malaya' tapi sekarang setahun sekali pun belum tentu berlakon untuk mana-mana naskhah.
Antara nama besar itu ialah Faizal Hussein di mana dia turut menjelaskan bahawa namanya sering digugurkan daripada drama dan filem gara-gara bayaran dimintanya yang dikatakan terlalu tinggi.
Kredit foto: Blog
“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain. Baru-baru ini pun nama saya sekali lagi digugurkan daripada membintangi sebuah filem besar.
“Semuanya sebab harga yang saya minta. Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini, kalau saya minta lebih, confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Jelasnya lagi, harga yang ditawarkannya berpatutan mengikut watak yang diberikan kepadanya. Pelakon lelaki itu turut menyoal kenapa dia perlu menerima nilai bayaran yang sama dengan Syafiq Kyle walhal dia lebih lama berlakon daripada lelaki yang tengah hot itu.
Kredit foto: Instagram
“Harga yang saya minta tu tidaklah tinggi saya, modal pakaian saya untuk malam ini sahaja dah RM7,000. Belum masuk kos-kos lain yang saya terpaksa tanggung, bayangkan betapa sedihnya perasaan saya.
“Kadang-kadang mereka ini tak tahu bagaimana cara saya bekerja dengan komitmendan begitu banyak usaha yang sala lakukan. Mereka tak hargai.
“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Klye sedangkan saya dah berlakon lagi lama daripada dia?,” katanya.
Nak buat macam mana kan? Semua penerbit berebut mahukan artis yang tengah 'panas'. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Suka bampejal ni berlakon tp produksi kt mesia ni mmg hampeh..kedekut taik idung masin!
Kt Hollywood org lebih mhargai bakat,lagi tua,lagi ramai peminat..tp kt sini,kalau ko ada rupa jambu,sejenis terhegeh2 dgn fans,haaa y tu laa akan dipilih produksi..lgpn fans bbnu buta seni,tgk sbb rupa je kan biar laa jalan cter hauk pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bayaran dlm filem PUSAKA ke...
sesuai le ngn karektor dan watak utama dipegang..
dan yg penting bukan kayu kayan balak kejung k..
x padan pelakon pembantu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcam tu la keadaannya. Penerbit ambil yng murah dn tngh hot sbab mereka ni xkisah bayaran berapa janji ada job. Mcam nabela muka pinggan leper tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya.. bakat dia lain mcm kot
Eman Manan, Faizal Hussein, Namron, Shafie Naswip, Beto,
Zul Huzaimy, Bell, Zamarul Hisham, Nasir Bilal Khan, Wan Hanafi Su
setakat beberapa nama yg ada variasi lakonan
yg tengok memek muka takde dialog pun dh smpai karektor tu
FH ni aku tengok drama yg dia dgn SariYanti & Samad Tedung ni
mmg in character sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
payment mmg semua bole tau ek
ptt kena la rahsia kan
apa2 pon berbalik pada rezeki memasing je la |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian apa yg sampai rm7k tu bang? |
|
|
|
|
|
|
|
terhinanya rasa, padahal lakonan dia jauh bertiang elok, sampai skrg tak move on dari drama dahlia, dia dgn dira & raja ilya
sapik kyle who? |
|
|
|
|
|
|
|
Sy suka je tgk dia berlakon...mantap..jd boleh melekat dpn tv sbb lakonan yg menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Br2 nie dia berlakon dgn lisa surihati,cite seram tue..best jugak,aku tgk pun sbb nk tgk dia nie berlakon
.
Tp sayangla,bakat besar tp i dustri buat mcm nie..ptt lejen2 nie la korang jaga |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooooooo....buta peghot sungguh penerbit2 drama dan filem mesia....sbb tu jarang ya hamat dpt gah di festival filem Asia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal hussein kotttt.. Legend ni... Mmg harus lah mintak setimpal atau lebih.... Aku suka lakonan dia dulu kini dan selamanya.. Jadi baik boleh.. Jadi jahat boleh.. Ada satu drama dia berlakon dgn bini jeo sepahtu.. Watak dia sebagai lelaki bewak... N harap harta bini... Mmg best lakonan dia tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|