View: 5421|Reply: 28
|
Ustaz Azhar Idrus patah tangan dan hidung
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 5-11-2019 08:39 AM
Azhar Idrus patah tangan, hidung
KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, di sini, petang tadi.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika UAI dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum basikal ditungganginya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terjatuh atas jalan.
Pembantu khasnya, Wan Safari Wan Ahmad, berkata UAI kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan segera.
“Kami bersyukur kerana ketika kejadian, peserta yang mengikuti kayuhan santai masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan.
“UAI masih dirawat di Unit Kecemasan dan sedang diperiksa pakar. Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ini.
“Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pakar dan doktor yang merawatnya,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Beliau berkata, orang ramai terutama penggemar ceramah atau peminat UAI tidak perlu bimbang atau membuat sebarang spekulasi.
Difahamkan, lapan peserta mengikuti kayuhan santai bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pusara dan ke sekitar bandar raya ini sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.
Sementara itu, akaun Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) ada memaklumkan semua kuliah yang sepatutnya disampaikan UAI terpaksa ditangguh sehingga diberitahu kelak kerana beliau perlu berehat akibat terbabit kemalangan berkenaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan...Aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
seriouslah tak pakai pad keselamatan???? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga UAI cepat sembuh dan teruskan berdakwah sampai bila2
mungkin Allah nak elakkan dia dari kecelakaan lebih teruk kalo esok lusa dia pegi sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah & moga diberi kesembuhan segera
Dunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berhenti sendiri secara mengejut. Basikal cap apa agaknya yg dia kayuh? Adakah basikal yg dikeluarkan oleh kilang kereta terkemuka negara yg sinonim dgn kegagalan fungsi steering pada kenderaan buatannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-11-2019 10:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
MarryPottet replied at 5-11-2019 10:32 AM
Takziah & moga diberi kesembuhan segera
Dunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berh ...
Basikal pn dh canggih zmn skrg..basikal tua dulu2 x de pun masalah berenti mengejut mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 5-11-2019 10:34 AM
Basikal pn dh canggih zmn skrg..basikal tua dulu2 x de pun masalah berenti mengejut mcm ni..
1st time ni aku dengar kes basikal berhenti sendiri secara mengejut walau secanggih mana pun basikal tu. Habislah penyek idung yg jadi trademark ustak. Lepas ni ustak tunggang unta lah pulak. Tentu unta tak berani buat hal berenti mengejut sebab takut kena sumpah bodo! bodo! bodo! dek ustak |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga cepat sembuh UAI |
|
|
|
|
|
|
|
beskal benti mengejut ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Pertama kali dengar basikal boleh berhenti mengejut. Semoga baik2 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Mende plak basikal berhenti mengejut?
Reti kayuh ke idok hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
"Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ni"
Untungnya jadi orang yang dikenali dan berduit.
Sedara saya terpaksa tahan kesakitan selama 2 minggu sebelum dibedah akibat patah peha. Walau dah buat bayaran hampir 4k untuk besi tapi kata doktor kena tunggu giliran. Kalau nak cepat doktor minta pergi hospital swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet: Takziah & moga diberi kesembuhan segeraDunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berhenti sendiri secara mengejut. Basikal cap apa agak ...
Apo??!!!! Ko ni betuk ke tak otak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlesi replied at 5-11-2019 07:24 PM
"Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ni"
Untungnya jadi orang yang dikenali dan berdui ...
Dia pi swasta kot. Hehehe takkan seorang ustad nk potong que. Dosa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah dan semoga cepat sembuh uztak.
dah jadi lawak plak komen2 sini |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 5-11-2019 09:16 PM
Dia pi swasta kot. Hehehe takkan seorang ustad nk potong que. Dosa tu.
Kat artikel tulis HSNZ.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|