Pada 31 Oktober setiap tahun, sambutan Halloween disambut oleh mereka yang meraikannya dengan memakai pakaian bertemakan hantu atau tema yang menarik.
Turut tidak terlepas, mereka yang menyambut festival ini di Malaysia juga menggayakan pakaian yang menarik.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila beberapa individu menggayakan kostum bertemakan ahli politik, Syed Saddiq dan yang lebih menarik, ada juga yang meniru gaya isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Sumber Gambar: Twitter ZeSpoooky
Konsepnya mudah sahaja, individu tersebut dengan nama Ze (@ZeSpoooky) telah memotong placard yang menyerupai Instagram dan meletakkannya di posisi muka. Konsep ini menyerupai Syed Saddiq yang sering membuat pengumuman menerusi media sosial dan wajah beliau yang terlalu dekat dengan kamera. Kreatif betul!
Lebih melucukan, Ze telah membuat video dan berucap seperti Syed Saddiq, siap dengan pelat S lagi!
"Assalamualaikum, da jia hao, vanakam"
Video Ze ini berjaya menarik perhatian Syed Saddiq dan beliau turut terhibur dengan telatahnya itu. Sporting betul!
Lebih menarik, ada juga individu yang menggayakan pakaian persis Rosmah. Siap dengan gaya rambut dan pemakaian selendang yang persis isteri Datuk Seri Najib Razak. Juga kreatif!
Sumber Gambar: Twitter faizalabdhalim_
Lepas ni, kalau anda ada malam gala atau majlis yang memerlukan tema menarik, boleh la guna tema ahli politik begini. Tapi jaga-jaga, risau kena saman nanti! - CARI |