Kredit foto: Sinar Harian
Gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak tular di media sosial. Rupa-rupanya, lelaki tersebut merajuk gara-gara kesilapan pekerja tersalah 'set' pam minyak.
Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar menerusi Facebooknya memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.
“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut seperti dipetik dari Sinar Harian.
Penunggang motosikal yang merajuk itu enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan berkenaan.
Penunggang tersebut tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuknya, malah bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.
Perkongsian video tersebut tular di Facebook dan meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka (ketika artikel ditulis) dengan gelagat penunggang terbabit.
Walaupun aksi tersebut nampak 'comel' kerana jarang kita lihat lelaki merajuk seumpamanya, namun hanya lelaki itu dah tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasainya pada hari tersebut. - CARI |