View: 1164|Reply: 7
|
Hutang Punya Pasal, Rumah Dilempar Bom Buatan Sendiri
[Copy link]
|
|
Polis tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca tiga lelaki melemparkan bom buatan sendiri ke dalam sebuah rumah,
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Georgetown, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan, kesemua suspek pada mulanya memecah masuk ke rumah berkenaan untuk merampas beg yang dikatakan mempunyai barang berharga milik penghuni sebelum dihalang pengawal peribadi pemilik rumah.
Foto: Harian Metro
Selepas bergelut dengan pengawal peribadi terbabit dan gagal merampas beg berkenaan, mereka melarikan diri sebelum melempar bom buatan sendiri bersama beg merah mengandungi pisau ke dalam rumah mangsa.
"Berikutan itu, sepasukan polis Unit Pemusnah Bom (UPB) dipanggil untuk membuat pemeriksaan.
"Bom itu diletupkan UPB dua kali pada 12.15 dan 12.20 tengah malam dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," kata sumber.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada masalah hutang.
"Setakat ini, kita difahamkan yang suspek memaksa pemilik rumah itu memindahkan mata wang digital bitcoin ke dalam akaun mereka kerana mendakwa bapanya mempunyai hutang dengan mereka," katanya.
Kata sumber, polis sedang mengesan semua suspek dan siasatan masih dijalankan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
nak hutang dengan bank tak lepas, terpaksa la berhutang dengan alternatif lain |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya dulu main simbah cat sekarang lempar bom terus |
|
|
|
|
|
|
|
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 5-11-2019 02:25 PM
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri
Aku pun paham macamtu |
|
|
|
|
|
|
|
Lempar bom ke. Simbah cat ke... Duitnya bukan dapat balik pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain pulak cara menakutkan orang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|