Kredit foto: IG
"Astaghfirullahalazim...Mengucap panjang Bonda bila nampak gambar ni tadi."
Nampaknya insiden bergambar di kuburan turut mendapat perhatian Yatt Hamzah.
Pelakon itu memetik luahan Ustazah Shadiya Abbas yang turut terkilan dengan kejadian itu.
Beliau menegaskan supaya tidak terlalu terikut dengan budaya luar hingga 'membunuh' budaya Melayu yang sebati dengan agama ISLAM.
Selain Yatt, pelakon dan penyanyi Azza Elite juga meluahkan kekesalannya mengenai insiden itu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa pemilik butik berkenaan tampil memohon maaf selepas teruk dikecam masyarakat.
Jelasnya, photoshoot busana pengantin di kubur bukan Islam itu hanyalah untuk koleksi peribadi.
Katanya, ia kemudian dimuat naik ke Facebook bukan bertujuan untuk mencari publisiti.
Nak sangat kelainan, sampai tak sedar dah menjentik sensitiviti masyarakat. - CARI
|