View: 3915|Reply: 22
|
Kanak-kanak Maut Dicekik, Dibelasah Lelaki Tak Dikenali Dalam Perjalanan Ke Seko
[Copy link]
|
|
Malang nasib kanak-kanak lelaki yang maut dibelasah lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Memetik Shanghaiist, Luo Qi, 9, dibunuh di Hunan, Changsha pada Selasa lalu.
Difahamkan, Luo Qi baru sahaja keluar rumah menuju ke sekolah apabila dia tiba-tiba dikejar lelaki tidak dikenali.
Menurut media tempatan, mangsa sempat melarikan diri sejauh 10 meter sebelum terjatuh, memberi kesempatan kepada penyerangnya untuk duduk di atasnya dan mula membelasah kanak-kanak itu.
Kredit foto: Shanghaiist
Ahli keluarga mangsa memberitahu wartawan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dibelasah selama beberapa minit.
Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan suspek sedang duduk di atas mangsa sambil melambai-lambai pemutar skru ke arah orang ramai yang hanya memerhati dari jauh.
Sebuah lagi video memaparkan suspek ditahan orang awam dan dikerumuni penduduk setempat, manakala sebuah lagi video menunjukkan ibu mangsa sedang meratapi kematian anaknya.
Menurut laporan, ambulans tiba 30 minit selepas serangan itu, namun mangsa sudah meninggal dunia.
Pasukan perubatan mengesahkan, mangsa meninggal dunia akibat dicekik selain mengalami beberapa kecederaan parah pada tangannya. Difahamkan, ibu mangsa pitam selepas polis membacakan laporan kejadian kepadanya.
Pada Khamis, polis mengumumkan suspek yang ditahan bernama Feng dan berusia 30 tahun.
Sementara itu, penduduk setempat mendakwa lelaki terbabit mengalami masalah kesihatan mental.
Feng bagaimanapun dilaporkan mungkin tidak akan dipenjarakan atau menerima hukuman lain, sebaliknya dia akan dimasukkan ke institusi mental. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sanggup nak tgk video tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang org ramai pun xreti nak terajang ke org gila tu b4 budak tu mati kena cekik?? |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan xde orang nampak langsung?? Dasar Cina China. |
|
|
|
|
|
|
|
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. mereka takut mereka yang membantu akan dipersalahkan. Klu yang bantu tu tolong hantar ke spital, mereka plak yang kena bayar segala bil. Pernah terbaca pasal kenapa bangsa tu mmg sikap "mind your own business" gitew. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada yang hilang nyawa baru nak dihantar ke mental hospital |
|
|
|
|
|
|
|
len kali baling jer batu kat kepala laki tu...
terajang sampai mampus ker...
hari nie anak orang yang mati..esok lusa sapa lagi yang mati...
org gila nie ada lesen besar membunuh... esp kalau dah datang seru membunuh dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
changsha ada 7.4million orang, china ada 1.3billion.
what to do. |
|
|
|
|
|
|
|
Urang Cina teda tontolou. Sanggup biar budak kecil mati dibunuh depan mata daripada ambil risiko pi tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
reddots replied at 11-11-2019 02:49 PM
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. m ...
Xfhm betul undang2 deorang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg langgar smp budak2 mati beramai tu terlepas elok ja
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 11-11-2019 01:25 PM
kebalnya.......
dia mana tau dia buat apa....kan dia GILA.(haha...) |
|
|
|
|
|
|
|
betul, pernah terbaca juga, majoriti kat sana semua buat tak tau kalau ada kes dan melibatkan polis. silap hari bulan dorang yang tak bersalah kena angkut. huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila r jenuh berdoa aku janganla di malaysia... selamat bukan. |
|
|
|
|
|
|
|
tupaiterbang replied at 11-11-2019 05:41 PM
yg langgar smp budak2 mati beramai tu terlepas elok ja
tak oku, mesti gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh sedihnye sebagai mak bapak.. tetibe dibunuh ngan orang gile |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku paham, bangsa tu mmg penting kan diri sendiri.. dan everything is money.
tgk je lah, travel pegi mana2 pun tetap bawak perangai tanah besar..
kencing berak sukati jer.. mkn kat fastfood, anak dibiar kencing berak dlm cawan bagai...
pesanan utk diri sendiri jugak, klu travel mana2, perangai tanah air biar tinggal... tak usah nak berbudi pekerti... kita x tau pun mcm mana kehidupan setempat tu... kang niat nak tolong org eksiden depan mata, kita plak kena tanggung segala nya.. nasib x baik, kita x leh pulang kampung, tapi mereput dalam lokap asing.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|