Menurut sumber polis, Dojoy sudah berpindah keluar dari apartment mereka, tetapi pada hari kejadian dia bersetuju singgah ke situ untuk menghabiskan masa bersama suaminya dengan menonton filem.
Budhidat kemudian mengirim pesanan ringkas kepada adik mangsa dengan mengatakan dia baru sahaja membunuh Dojoy.
Lelaki itu juga sempat berpesan bahawa kunci apartment itu disorokkan di bawah pasu bunga sebelum meninggalkan mayat isterinya di rumah berkenaan untuk menggantung diri di sebatang pokok di sebuah padang berhampiran.
Menurut laporan, lelaki itu mula memukul mangsa hanya beberapa minggu selepas mereka berkahwin pada Julai.
Berikutan itu, Dojoy mendapatkan perintah perlindungan mahkamah selepas Budhidat ditahan pada Ogos kerana menampar dan mencekik wanita itu seminggu sebelum melakukan pembunuhan itu.
Menurut seroang lagi rakan mangsa, Rodney berkata, Budhidat mungkin terlalu obses dengan isteri sendiri hingga terlalu cemburu.
Malah, Dojoy pernah memberitahu rakan-rakannya bahawa segala gerak-gerinya dikawal dan sering dipukul suami selain menerima. Budhidat juga pernah mengugut akan membunuh isterinya.
Tetapi, Dojoy tidak pernah menganggapnya serius kerana dia sayangkan suaminya itu, kata Rodney. -
CARI