View: 14083|Reply: 121
|
[Tempatan]
Lelaki dituduh lacurkan isteri sendiri
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 03:28 PM
Dituduh lacur isteri
Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]
LELAKI yang berdepan pertuduhan menjadi bapa ayam (muncikari) dan melacurkan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh berusia 33 yang juga bapa kepada tiga anak membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.
Tertuduh yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 didakwa atas pertuduhan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang mahram antara isterinya dan lelaki lain di sebuah bilik hotel di bandar raya ini, jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.
Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen sama kerana melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari sama.
Sementara itu, di mahkamah sama, isterinya yang berusia 32 tahun turut didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama iaitu persediaan untuk melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah pasangan itu direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 19 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala isterinya diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat kedua-dua penjamin adalah individu berbeza.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof.
Terdahulu ketika prosiding kes, Kamalruazmi menegur tertuduh wanita yang memakai baju kurung hijau dan berpurdah supaya menutup aurat kerana Allah dan bukannya memakai niqab hanya untuk menutup malu.
“Saya tidak tahu kamu di luar bagaimana tetapi jika kamu berniqab, lakukan kerana Allah, jangan hanya kerana untuk menutup malu ketika di mahkamah kerana ia akan menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri yang terbabit dalam kegiatan pelacuran dicekup sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu di sebuah hotel di sini.
Pasangan itu dipercayai mempromosikan ‘perniagaan’ mereka menerusi aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 3:14 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 03:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 04:01 PM
Muncikari-bapa ayam
First time dgr.. |
|
|
|
|
|
|
|
hampir tak nampak mata........ |
|
|
|
|
|
|
|
patut diharamkan niqab kt situ,
niqab budaya arab,
klu dlm hadis, aurat tu tk tutup muka pun
pasni ada yg pkai baju budaya mongolia pi masuk court situ, susah lak kang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 03:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
batmana replied at 13-11-2019 03:34 PM
patut diharamkan niqab kt situ,
niqab budaya arab,
Betul..3x.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 13-11-2019 03:29 PM
Muncikari-melacurkan isteri sendiri..
First time dgr petkataan ni..
Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus teguran tuan hakim tu
Geram pulak aku nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 13-11-2019 03:43 PM
Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari
Kepada para isteri jadilah isteri yang solehot bagi suamimu manakala suami jangan jadi muncikari plak jaga bini tu molek2 mentang2 bini tu solehot
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan penampilan dorang yg cam ustak n setazah ada gakla komen kat fb yg mcm tak caya nak plak depa tak ngaku kan
Seolah2 nak kata depa ni kena tuduh/pitnah ke apa?
Takyahla terpedaya sgt dengan pakaian org g mahkamah syariah mmg semuanya tutup litup walopun kat luar terbuka sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Terus jadi islamik ye tak. Jadi penunggang pulak. Kalau yg bebal tu boleh igt org alim pun buat benda x helok sbb gambar ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap lak perkataan munchikari tu, macam makanan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mahkamah patut haramkan guna niqah kat kawasan mahkamah..
tak pasal2 jadik alim ulamak lepas melacur |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk mcm acik2 je badan dia, ada ke yg nk melanggan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia fikir dengan berpakaian begitu boleh mengubah keputusan hakim, hakim jadi lebih sejuk hati, lebih simpati, hujung2 kena sound nak tanya ada ribut pasir ka dekat mahkamah berniqab bagai takut pasir masuk mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 03:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Acikgomen replied at 13-11-2019 03:43 PM
Harini belajar dua pekataan baru. Solehot dan muncikari
Oleh kerana isterinya begitu solehot dan dibutuhkan ramai lelaki..si suami berharap dapat memuncakarinya dgn harga yg tinggi..
Gitu contoh ayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 cuckold husband dak? |
|
|
|
|
|
|
|
sejak pakatan hancing perintah nih byk perkataan baru la....lepas semburit, now muncikari plak...... |
|
|
|
|
|
|
|
jofizo replied at 13-11-2019 04:01 PM
sejak pakatan hancing perintah nih byk perkataan baru la....lepas semburit, now muncikari plak...... ...
Mamat Ganu dtg lg ngan citer seks dia
Bukak la songkok tu. Mamat tunggang agama |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pakai mcm tu ke ataupun sebab masuk mahkamah yg pakai gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak kt biskut jenama munchy's.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|