View: 4786|Reply: 47
|
[Tempatan]
Akibat ceroboh hotel kerbau ditembak mati
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 13-11-2019 03:39 PM
[UPDATE] Kerbau 'check-in' hotel mati ditembak
Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]
KERBAU seberat lebih setengah tan mati ditembak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka selepas memasuki sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Jalan Jonker pagi hari ini.
Sebelum itu, kerbau jantan berkenaan yang dipercayai tersesat itu cuba memasuki sebuah hotel lain di kawasan berkenaan.
Pengarah Pemasaran dan Jualan Hotel Casa del Rio Melaka Agnes Tay berkata, kehadiran haiwan itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan kira-kira 6 pagi tadi.
“Berdasarkan rakaman CCTV, ia memasuki kawasan premis hotel melalui pagar belakang sehingga menyebabkan kerosakan.
“Ia kemudiannya beredar keluar melalui kawasan kafe menuju ke kawasan berhampiran sebelum kami dikejutkan ia terperangkap dalam sebuah hotel lain kira-kira 8 pagi tadi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, kerbau jantan itu mula berlegar-legar di sekitar kawasan Jonker Walk sejak petang semalam dan merosakkan beberapa harta awam termasuk cermin dan pagar hotel berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian 7.20 pagi itu disedari oleh penjaga hotel berkenaan.
Menurutnya, lelaki berusia 27 tahun itu kemudiannya bertindak terjun dari tingkat atas bangunan hotel dua tingkat terbabit kerana panik dengan kehadiran haiwan liar terbabit.
“Selepas lebih sejam mengepung kawasan terbabit, kerbau jantan seberat kira-kira 700 kilogram itu berjaya ditumbangkan kakitangan JPV dengan melepaskan satu das tembakan pada 10.15 pagi,” katanya.
Menurut Raiz Mukhliz, bangkai haiwan berkenaan kemudiannya di bawa ke rumah sembelihan JPV di Jasin untuk tindakan lanjut.
Katanya, pihaknya sedang mengesan pemilik haiwan berkenaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 3:28 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 03:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Patutnya pakai bius je..x pyh kasi mati.kebau bkn haiwan liar yg bahaya pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
x blh tembak dgn ubat bius ka? |
|
|
|
|
|
|
|
tembak pakai pelali x boleh ke? syg nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lembu2 yg tido ats jalan sampai eksiden pengguna2 jalan yg lain tu la...xkan ada sapa yg nak mengaku tuannya pun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 03:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jofizo replied at 13-11-2019 03:49 PM
x blh tembak dgn ubat bius ka?
Sygnya klu dpt sembelih mkn lg baik..buat sup tulang plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak kt kerbau tu.. Kalau di tembak pelali pastu bwk ke tempat sembelih tidak lah sia2 kematian beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Bahayanya, kalau kena sondol memang mautlah jawabnya, kerbau tak rileks macam lembu, dengan tanduk atas kepala, dia kira apa semua dirempuh, soalnya macam mana boleh tersesat, owner dia mana, ke kerbau dah sakit dia buang macam itu ja. |
|
|
|
|
|
|
|
ambik jalan mudah je dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian yg panik tu. Sampai terjun bangunan dr tingkat 2. Yelaa mesti terperanjat tiba2 ada kerbau depan mata |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih...Kesiannya kerbau tu. Kenapalah tuannya biarkan berkeliaran. |
|
|
|
|
|
|
|
ruginya...telepon ler ultraman angkat gi letak kat hutan simpan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-11-2019 04:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sepiITUindah replied at 13-11-2019 04:19 PM
ruginya...telepon ler ultraman angkat gi letak kat hutan simpan
Letak dlm hutan kena ngap dgn rimau plk nti.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sempat sembelih syukurlah, boleh diagihkan daging kerbau tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat tangkap dan kompaun tuan kerbau ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
menggelabah kenapa eh? kerbau tu kat bawah, dia kat tingkat 2 kan? adehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara cepat bunuh. Seekor kerbau tu berapa perut boleh kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
ganas sangat ke kerbaunya sampai kena tembak mati |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu ada eloknya kalau ada sistem tag pada haiwan ternakan kalau ada yang jadi macam kes ni senang boleh tahu siapa peminiknya. |
|
|
|
|
|
|
|
staff jabatan veterinar melaka ni xcukup latihan ke... simple issue pun xreti handle... tembak bius jer leh settle... tembak mati ape ke bongok staff melaka nih... lain laa mengakibatkan manusia mati baru bole proceed tembak mati.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|