Selepas mendengar ura-ura Sheila Rusly mahu bersara dari industri seni, penerbit drama Fadzil Teh atau dikenali Haji Zeel menghubungi rakan seperjuangannya itu untuk memujuk agar tidak mengundurkan diri.
Dia yakin Sheila tidak akan merajuk dalam tempoh yang lama dan cuba menasihati rakannya itu saat diri diuji dalam industri ini.
Foto: Instagram Haji Zeel
Dia juga ada bertanya kenapa perlu berhenti kerana industri seni masih memerlukan gandingan Sheila dan suaminya, Jinggo untuk terus berkarya.
Haji Zeel telah lama mengenali Sheila dan sering berkongsi masalah bersama, tambahan pula dia tahu rakannya itu akan menghasilkan drama terbaik pada Ramadan tahun depan.
Ketika ditemu bual mStar Online, dia juga mengaku pernah mempunyai niat untuk bersara, namun apabila mengenangkan nasib kru produksi dia terus memikirkan semula tentang hasratnya itu.
Sifat simpati pada kru membuatkan dirinya terus bertahan dan sedar bukan mudah untuk mencari peluang pekerjaan lain jika dia tetap mahu berhenti bekerja. Dia berniat untuk membantu kru untuk terus mencari makan dalam industri.
Bagus niat Haji Zeel dan itulah sifat seorang kawan yang sentiasa menyokong dan membantu saat diuji. - CARI
|