Lembaga Zakat Selangor (LZS) dilaporkan menerima permohonan bantuan zakat daripada 233 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia Berhad).
Menurut Selangorkini seperti dipetik dari MalaysiaKini, permohonan diterima selepas selepas Utusan membuat keputusan menutup operasi syarikat berkenaan.
Kredit foto: MalaysiaKini
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M Yusop berkata, nama kakitangan diterima secara berperingkat daripada pelbagai sumber.
“LZS akan menjalankan siasatan dan bancian ke rumah berdasarkan haddul kifayah sebelum mereka yang layak didaftar sebagai asnaf sementara.
“Bantuan zakat disalur bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga sehingga kehidupan mereka stabil,” katanya.
Tambahnya, mana-manan kakitangan Utusan yang terjejas dialu-alukan memohon bantuan zakat melalui penolong amil kariah (PAK) yang dilantik di kariah masing-masing atau mengunjungi cawangan berhampiran.
Bagaimanapun, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang dari tiga tahun. - CARI |