Gelap masa depan bila remaja perempuan menjadi mangsa rogol kepada sepupunya sendiri dalam satu kejadian di Dungun kelmarin.
Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa berusia 18 tahun pergi ke rumah ibu saudaranya, namun wanita itu tiada di rumah, petik Harian Metro.
Mangsa kemudian dihampiri suspek yang bertindak mematikan enjin motosikal yang dibawanya dan merampas kunci motosikal tersebut.
“Suspek duduk di belakang motosikal remaja itu dan bertindak mencabul mangsa.
“Selain itu, suspek didakwa menarik mangsa ke atas rumput dan bertindak menutup mulut remaja itu.
Kredit foto: carian internet
“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dan suspek memberikan semula kunci motosikal sebelum mangsa beredar dari lokasi kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah.
Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai masalah dengan suspek, malah tidak pernah melakukan kejadian seperti itu sebelum ini.
“Suspek berusia 19 tahun kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. - CARI |