H
"Malu sebahagian dari iman. Tiada masalah andai wanita sertai industri hiburan tapi perlu lebih menjaga dalam segala serbi berbanding hal lain."
Begitu kata kumpulan nasyid popular, Hijjaz seperti dipetik Media Hiburan.
Menyatakan ianya adalah bersyarat kerana apa sahaja dilakukan mesti mengutamakan tuntutan Allah SWT.
"Contohnya, seorang pelakon diminta memegang tangan bukan muhrim, jika menolak dan mengakibatkan dia dibuang, terima dan yakin rezeki bukan pengarah yang tentukan."
Ig
Menurut Hijjaz lagi, siapa yang berjaya menempuh ujian dengan redha, itulah kejayaannya.
Dianggotai Munif, Isman, Faizal dan Arifin turut menasihatkan artis wanita supaya menjaga aurat, elakkan wangian dan menitikberatkan cara penyampaian.
Ig
"Allah berikan wanita sebagai ujian. Seperti lagu Sumayyah yang diseksa hingga mati dengan kalimah syahadah. Jadi,cabaran wanita ialah kena jaga diri, kerana akhir zaman ini, risiko terlalu tinggi."
Dalam perkembangan terbaru, Hijjaz melancarkan single Sumayyah 2019 berduet dengan Tomok.
Ig
Begitu nasihat orang lama dalam industri hiburan, wanita yang teringin nak jadi artis tu mungkin boleh mengambil iktibar ini ya.- CARI |