Tiada siapa yang mahukan perpisahan dalam alam perkahwinan mereka. Sebelum ini, penyanyi Adira dikaitkan dengan masalah rumah tangga sehingga dikatakan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada April lalu.
Namun, selepas khabar terbaru mereka berdua tidak meneruskan perceraian, ramai peminat yang berasa gembira dan tumpang bersyukur dengan keduanya.
Kredit foto: IG
Terbaru, Adira dilihat memuat naik gambar suaminya, Datuk Red yang sedang memangku bayi mereka yang dikenali dengan nama Anggun.
Aww..memang anak bapa sungguh! Namun, dalam pada itu ramai yang melahirkan rasa gembira mereka sebenarnya.
Maklumlah, sudah pasti peminat tidak mahu melihat artis kesayangan mereka bersedih dan hidup berantakan.
Selain memuji kecomelan bayi itu, para peminat turut mendoakan yang baik-baik buat Adira dan suaminya.
"Alhamdulillah, semoga hingga ke Jannah."
"Alhamdulillah, baby pun comel macam Adira.."
Adira turut mengucapkan terima kasih atas ucapan mereka terhadap keluarganya.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin di Thailand pada 2015 dan kini dikurniakan 3 cahaya mata. - CARI
|