Nampaknya, Ammar Alfian dan Shaarnaz Ahmad sedang melalui situasi dan kemelut yang hampir sama.
Baru-baru ini, Ammar ada berkongsi kisah perjalanannya bersama Sharnaaz yang sudah dikenalinya sejak 2008 lagi.
Ketika itu, mereka sama-sama berlakon sebagai kawan baik dalam drama Tari Tirana.
Foto: IG
Katanya, hubungan mereka berdua kemudiannya menjadi rapat umpama adik-beradik.
"Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan," tulisnya.
Bukan sahaja perjalanan dalam dunia seni, malahan mereka juga menghadapi masalah rumah tangga.
Bagi yang tak tahu, rumah tangga Ammar sebelum ini goyah kerana didakwa berlaku curang semasa isterinya, Nelissa hamil 6 bulan.
Walaupun tidak bercerai, namun Nelissa kata mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mei lalu.
Bagi Sharnaaz pula, isterinya Nabila sudah memfailkan penceraian pada 31 Ogos lepas.
Saling menyokong antara satu sama lain, Ammar menambah;
"Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini.
"Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya."
Semoga kedua-dua aktor kacak ini tabah dalam menghadapi ujian dan badai yang melanda dalam hidup okay. - CARI
|