View: 1624|Reply: 7
|
Tukang Masak Ditembak Jiran Kerana Salah Faham
[Copy link]
|
|
Hanya kerana berlaku selisih faham, seorang lelaki bertindak agresif dengan menembak jirannya dalam kejadian di Kampung Darang Buaya, Jertih pada Sabtu lalu.
Menurut BERNAMA, kejadian 12.40 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang juga tukang masak berusia 35 tahun cedera di bahagian lutut kiri.
Gambar hiasan
Kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad, sebelum kejadian dipercayai berlaku selisih faham dan pergaduhan antara mangsa dan suspek yang juga jurukimpal berusia 31 tahun.
“Ketika kejadian suspek bertindak masuk ke dalam rumah tukang masak itu dan mengambil senapang patah milik bapa lelaki berkenaan yang disimpan dalam almari tidak berkunci sebelum terus menembak,” katanya.
Berikutan kejadian, polis menahan suspek pada hari sama dan merampas selaras senapang patah, 43 kelongsong peluru serta pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.
Selain itu, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Tambahnya, suspek direman sehingga 23 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Org ganu tahap US dah..salah sikit main pistol2 skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik kena lutut je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena kat tempurung lutut, memang cacat lah mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul kes jenayah di Terengganu akhir2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tembak sebab si mati bengap sangat kot tak tau ekuiti itu adalah aset.. |
|
|
|
|
|
|
|
KP Besut tu yg kena tetak beberapa bulan lepas ke?
Ganas ore besut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|