Penyanyi antarabangsa terkenal, Selena Gomez turut menjadi mangsa body shaming kerana bentuk badannya yang semakin berisi menjadi topik jenaka dan kritikan segelintir netizen.
Menurut portal Allure, berat badan Selena semakin meningkat kerana kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambilnya.
Terdahulu, beliau pernah mengumumkan untuk berehat seketika dari dunia seni selepas menghidap beberapa penyakit seperti komplikasi buah pinggang dan juga penyakit lupus sekitar 2017.
Pengumuman tersebut dibuat kerana ingin fokus pada penjagaan kesihatan dan rawatannya.
Walaupun berasa sedih dan agak terkilan dengan sikap netizen yang sering meninggalkan komen negatif terhadapnya, Selena menganggap ianya adalah sebuah realiti yang harus ditempuhi meskipun kadangkala ia mempengaruhi sedikit sebanyak emosinya.
Namun, beliau menganggap segala yang berlaku adalah pengajaran baginya untuk sentiasa menjadi pemaaf dan akan terus gembira dengan kehidupannya tanpa mengambil peduli sebarang komen-komen negatif yang dilemparkan padanya.
Biasalah tu Selena. Mulut dan jari-jemari netizen memang sukar dibendung agar menulis atau mengucapkan yang baik-baik sahaja. - CARI
|