Seorang wanita warga emas antara 'dicekup' sedang memadu kasih dengan seorang lelaki muda ketika operasi serbuan di Hotel Melati di Tangerang, Jakarta pada malam Rabu.
Memetik Tribun News, Maria (bukan nama sebenarnya) pada mulanya tidak mengaku bahawa Fernando, 21, adalah kekasihnya.
Antara ditahan ketika serbuan
Kredit foto: Tribun News
Sebaliknya, wanita berusia 60 tahun itu mengakui bahawa lelaki terbabit merupakan anaknya yang sedang bekerja di kawasan perindustrian di kota berkenaan.
Bagaimanapun, anggota Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP) kemudian mula curiga apabila wanita terbabit gagal memberitahu tempat kelahiran Fernando.
Apabila pasangan itu dibawa ke Pejabat Satpol PP Kota Tangerang, wanita itu menegaskan kepada anggota bahawa hubungan mereka tidak salah.
"Ya, ini kekasih saya dan tidak ada yang salah dengan hubungan kami," katanya. - CARI |