Perkongsian terbaru Aliff Syukri mendapat perhatian warganet apabila beliau dipanggil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Aliff menyatakan bahawa dia telah membayar cukai namun terkejut apabila beliau masih dipanggil oleh LHDN.
"Siapa tau apa yang abang rasa sekarang. Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan aku pada hari ini, semoga semuanya selesai dengan cara yang baik.
"Hanya orang berniaga sahaja tahu masalah orang berniaga ini.
"Bukan senang nak berjaya, bukan senang nak mengekalkan perniagaan.
"Doakan segala perjalanan abang sudah kat Amin Ya Robbal Alamin" ujarnya menerusi satu entri di Instagram peribadinya.
Warganet turut mendoakan urusan Alif di sana dipermudahkan.
Rakyat biasa pun duit bonus perlu ditolak secara automatik melalui potongan cukai berjadual (PCB)
Aliff Syukri Cuak Dipanggil Ke LHDN
Alif turut berkongsi video pemergian ke LHDN tersebut. Dalam video itu, beliau turut menyatakan bahawa kemungkinan beliau dipanggil adalah kerana sering 'menayangkan' jam tangan mewah dan beg mewah.
Namun begitu penjelasan selanjutnya mengenai ini masih belum diketahui. Semoga segala urusan Aliff dipermudahkan. - CARI |