Misi pencarian Dewi Remaja kini kembali dan telah pun memulakan misi dengan konsep terbaru di mana peserta akan diuji dengan pengetahuan am dan turut dikuarantin selama program itu berlangsung. Dengan pelbagai tambah baik bagi program pencarian bakat tersebut, pasti ramai yang mengharapkan Dewi Remaja bagi sesi 2018/2019 ini tampil lebih menarik dan berkualiti berbanding sebelumnya.
Namun, agak mengecewakan apabila ramai yang merasakan kualiti bagi sesi tahun ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sesi-sesi sebelum ini.
Stylist level intern, photographer juling
Lebih menyedihkan lagi, walaupun program tersebut dilihat mengikut konsep program pencarian bakat 'America's Next Top Model (ANTM)' tetapi kualitinya tidak mencapai standard yang sepatutnya.
Kredit foto : Twitter Michael Ang
"Tengok rancangan ni pun rasa nak marah!"
Kualiti hampeh!
Kredit foto : Twitter Michael Ang
Malah, topi yang dipakai oleh salah seorang finalist juga dikatakan dibeli di kedai serbaneka terkenal iaitu Mr. DIY!
Kredit foto : Twitter Michael Ang
Alahai, sepatutnya kualiti semakin meningkat seiring dengan teknologi. Ini nak masuk tahun 2020, tapi makin kebelakang ke? Rasanya penulis tangkap gambar lagi cantik! -CARI |