Musim kahwin sudah tiba pada penghujung tahun ini. Rasanya, sudah banyak kali penyanyi Adibah Noor menegaskan kepada netizen bahawa lagu miliknya berjudul Terlalu Istimewa tidak sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan.
Lagu yang sudah berusia 14 tahun itu masih mendapat tempat dalam hati pendengar, namun mungkin mereka tidak memahami lirik yang dinyanyikan Adibah dalam lagu tersebut.
Foto: Instagram Adibah Noor
Menerusi Twitter, dia berpesan kepada peminat untuk meraikan lagu tersebut dengan cara dan tempat yang betul.
Lagu ini dicipta khas untuk anak-anak yang sudah meninggal dunia dan bukanlah untuk tema perpisahan, perkahwinan, orang kurang upaya dan pasangan yang dilamun cinta.
Namun, ada pula peminat meminta Adibah untuk tidak menyekat tafsiran masyarakat kerana lagu itu memang bagus walaupun Adibah telah menerangkan lirik tersebut.
Paling epik, ada yang menggunakan lagu tersebut ketika majlis 'baby shower' seperti yang diberitahu peminat dalam Twitter.
Diharapkan, peminat dapat menghayati lirik lagu sebelum menggunakannya untuk mana-mana majlis. Jangan tengok judul lagu sahaja. Buat malu nanti. - CARI
|