Penyanyi Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali dengan nama pentasnya sebagai Ernie Zakri baru-baru ini memukau orang ramai dengan persembahannya di pentas Juara Lagu separuh akhir minggu kedua.
Malah, penulis lirik dan penerbit terkenal Aubrey Suwito yang menjadi salah seorang juri pertandingan nyanyian anjuran TV3 itu juga turut sama terpukau dengan persembahan penuh tenaga Ernie pada malam itu.
Sampai lupa bagi markah
Aubrey meninggalkan komen di salah satu posting Ernie di akaun Instagram miliknya, memuji kemantapan vokal penyanyi berusia 27 tahun itu. Lucunya, apabila Aubrey turut mengakui yang dia terlampau khusyuk menghayati persembahan Ernie sehinggakan dia terlupa untuk memberi markah bagi persembahan tersebut.
Kredit foto : Ig Ernie
Aubrey juga sempat memuji Ernie yang juga merupakan anak saudara kepada Ziana dan Anuar Zain di Instastory miliknya dan mengatakan bahawa Ernie merupakan salah seorang penyanyi terbaik negara.
Kredit foto : Ig story Aubrey
Dalam pada itu, peminat juga tidak putus-putus memuji persembahan Ernie yang menyanyikan lagu 'Ku Bersuara' pada malam itu dan mengharapkan yang dia akan berentap ke pusingan akhir kelak.
Kredit foto : Ig Ernie
Tidak dapat disangkal lagi yang Ernie sememangnya memiliki bakat nyanyian yang luar biasa. Kawalan suaranya juga sangat padu, mungkin juga diwarisi daripada ibu dan bapa saudaranya? Apa pun kami berharap Ernie berjaya ke peringkat seterusnya. Tak sabar!-CARI
kan...
muke tak memorable lgsung,
suara biase2.. die ni jenis xboleh lebih skit..
semua nk hempas..kalau blh terpekik,
terpekik je la..
sepsis salma kepam jugak...