Pengunjung ke sebuah premis makanan di Bayan Lepas terkejut apabila beberapa tikus 'selamba' menjamah ayam goreng yang bakal dihidangkan di gerai tomyam tersebut.
Aksi menjijikkan tikus-tikus itu dirakam salah seorang pengujung dan disebarkan di Facebook Penang Kini. Menurut portal itu, dipercayai lokasi gerai tomyam terbabit berdekatan Zon Industri Bayan Lepas di belakan kilang Zoomic.
Kredit foto: World Of Buzz
Video yang kini mendapat lebih 150k tontonan dan ribuan perkongsian itu menggemparkan netizen kerana gerai itu dikatakan popular dan dikenali ramai pengunjung.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, seekor tikus dilihat mengiggit ayam goreng yang disimpan di dalam ruang makanan walaupun ketika itu terdapat ramai pengunjung.
Lebih mengejutkan, pengunjung yang merakam berkata dalam tempoh 30 saat tersebut penjual dan pekerja gerai tidak melakukan apa-apa untuk menamatkan aksi menjijikkan sang tikus tersebut.
Sudah pastilah ini bukan kali pertama atau kedua kejadian tersebut berlaku.
Berikutan tersebarnya video tersebut, ramai netizen membuat keputusan untuk memboikot gerai tomyam terbabit dan mempersoalkan kegagalan pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan.
Kredit Foto: FB
Kredit Foto: FB
Mungkinkah ini salah satu sebab mengapa industri makanan jalanan kita gagal bersaing dengan Thailand dan Singapura dalam carta terbaik? - CARI |