View: 4143|Reply: 12
|
Unfollow, Private IG - Peminat Takut Kim Heechul Ikut Jejak Kawan Baik, Sulli Da
[Copy link]
|
|
Dunia hiburan digemparkan dengan berita kematian bintang Korea Goo Hara kurang sebulan selepas Sulli ditemui meninggal dunia. Kedua-dua mereka dilaporkan ditemui meninggal dunia di kediaman masing-masing.
Kredit foto: Imgur
Berikutan itu, ramai artis negara itu berkabung dan meluahkan kesedihan di laman sosial mereka.
BACA JUGA: Sebulan Selepas Sulli, Bintang KPop Goo Hara Pula Ditemui Mati
BACA JUGA: Penyanyi K-Pop Sulli Yang Selalu Cetus Kontroversi Ditemui Mati Dalam Rumah
Bagaimanapun, peminat KPop kini diselebungi ketakutan apabila ahli kumpulan Super Junior, Kim Heechul meletakkan mod privasi untuk Instagram selain unfollow semua kenalannya di laman itu.
Kredit foto: IG
Menurut Allkpop, Heechul memang rapat dengan Goo Hara dan Sulli. Malah, penyanyi itu dilihat berkabung susulan berita kematian Sulli.
Namun, dia meneruskan aktivitinya seperti biasa tidak lama kemudian.
Kredit foto: Allkpop
Bagaimanapun, selepas berita kematian Goo Hara, Heechul menimbulkan ketakutan peminat apabila dia seolah-olah memutuskan hubungan dengan peminat dan pengikutnya tanpa sebarang pengumuman.
Tidak tahu sama ada ia hanya sementara atau buat selama-lamanya, tetapi jelas peminat bimbang dengan keadaannya terutama selepas kehilangan dua sahabat baik.
Antara komen ditinggalkan warganet;
"Saya harap dia baik-baik saja. Tak dapat bayangkan apa yang sedang dilaluinya sekarang.
"Dah lama saya mengikuti perkembangan Heechul di IG dan saya percaya dia hanya mahu ruang memandangkan dia jarang meluahkan perasaannya di media sosial dan ya, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung kematian Sulli sebelum ini.
"Saya tak dapat bayangkan betapa hancur luluh hatinya melihat dua rakan baiknya meninggal dunia dalam masa kurang dua bulan. Saya sangat berharap agar dia tabah," antara komen warganet.
Kredit foto: Allkpop
Semoga Heechul tidak melakukan sesuatu yang 'bodoh' seperti mengikut jejak langkah kawan baiknya kerana terlalu mengikut perasaan sedih. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
makin menjadi jadi kpop ni |
|
|
|
|
|
|
|
Heechul pun ada depression dulu.. harap dah ok lah |
|
|
|
|
|
|
|
heechul ni baik kot, mostly semua rapat dengan dia...tolongla jangan buat kerja gila jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Sisi gelap dibalik kerlipan dunia glamour kpop.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm berjangkit kan.. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suke sgt heechul. Sbb kelakar, laser.. sronok tgok dia dlm variety show tmbh tmbh knowing brothers. Rsnya dia x de la nk buat pelik pelik. Lbh kpd mcm protes pd nitezen kot. Sbb kn kwn dia sulli n goo hara ni kna buli kt socmed byk |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh diri ni bgi dorg bnda biasa je. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum uols kpop semua nak bunuh diri pergi makan puas2 dulu. uols mesti penat diet sebab nak stay dlm industri kpop tu. jd sebelum mati baik uols makan2 sepuasnya.
pesanan dari manusia yg tengah diet. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dengan kehidupan dieorg
kena push dgn management
terikat dgn contract sangat lama |
|
|
|
|
|
|
|
org korea ni sanjung artis dorg..
mcm raja ye..
mcm semua band2 tu..ibarattt tokti kt Malaysia ni..
karats dorg gigih berabis and too fanatic..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang ada eloknya tutup kejap dari dengar macam2 pandangan dari netizen yang kadang boleh buat tambah stress |
|
|
|
|
|
|
| |
|