View: 9059|Reply: 47
|
'Pelacur Atau Persis Dua Lipa?' - Wanita Dikecam Kerana Kongsi Gambar Glow-Up Ca
[Copy link]
|
|
Berikutan trend artis Barat menayangkan gambar glow-up atau perubahan paras wajah selepas sekian tahun yang kini menjadi ikutan, ramai remaja tempatan kini turut meniru perbuatan itu.
Bagaimanapun, tindakan seorang wanita Shahzreen Iman,20, berkongsi perbezaan gambarnya yang diambil pada tahun 2013 dan 2019 mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kredit foto: Twitter
Ini kerana gambar tahun 2013 mennunjukkan beliau kelihatan polos tanpa mekap danmemakai pakaian yang menutup hampir semua anggota badan termasuk bertudung tetapi imej tahun 2019 sangat berbeza dengan pakaian serba singkat mendedahkan perut dan mekap yang melampau.
Beliau menerima ribuan kecaman kerana kini sudah tidak bertudung.
'Dulu terlebih kain, sekarang terkurang, habis dijilat api ke?' sindir seorang netizen.
'Kenapa maju ke zaman jahiliah balik?' tanya seorang lagi.
Kredit foto: Twitter
Memberitahu MStar, Shahzreen berkata beliau sudah menjangkakan bakal menerima kecaman ramai.
'Gambar tu sekadar jenaka untuk ikut trend glow-up masa kini, terkejut dengan respon ramai tetapi saya tidak ambil hati' katanya.
'Saya dah jangka akan dikecam mengikut perspektif agama, jadi saya ambil sebagai motivasi diri sahaja' luahnya.
Kredit foto: Twitter
Menurut Shahzreen lagi, beliau menganggap kebanyakan yang menegurnya dengan kata-kata kesat hanya mahukan perhatian.
'Saya terbuka terima kritikan secara peribadi termasuk direct message (DM)' tambahnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Menurut pelajar Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta ini, beliau sering diberi pelbagai gelaran termasuk prostitute (pelacur) sejak berubah imej dan dikelilingi lelaki sehingga suatu ketika dahulu memberikannya tekanan tetapi kini sudah lali dengan cemuhan.
Tetapi tidak semua komen yang diberikan berunsur negatif, malahan ramai juga yang memujinya sehingga menyamakannya dengan artis antarabangsa Dua Lipa dan Ruby Rose.
'Wow! Tahun 2019 dah jadi supermodel material'
'Ini sumpah cantik' kata beberapa netizen.
Kredit foto: Twitter
Sememangnya hak individu untuk memilih pakaian yang mengikut citarasa sendiri, tetapi jika berkongsi sesuatu di media massa, maka bersedialah untuk menerima pelbagai kecaman. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar baju hitam berkacamata tu
Mukanya Mirip instafamous ieiaki yng mulut Besar tu
Lupa namanya
Memula ingatkn mamat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xleh nk hadap tajuk thread n isi kandungan thread ni.. pe kaitan?? |
|
|
|
|
|
|
|
tokchik replied at 27-11-2019 11:45 AM
Gambar baju hitam berkacamata tu
Mukanya Mirip instafamous ieiaki yng mulut Besar tu
Lupa namanya
...
Faiz roslan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Si Faiz Roslan tu ke? Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
lucu la korang.. dari wanita sejati terus dilabel pondan hauk faiz roslan |
|
|
|
|
|
|
|
Gila perhatian dan gila pujian share seuatu tampa berfikir akibatnya |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha aku pon ingat itu faiz roslan! |
|
|
|
|
|
|
|
Dr dua lipa...masok kat Cari, tron dongrade jd faiz roslan |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana yg lawa pun xtaw.. Lebih baik yg dulu nmpk suci jew |
|
|
|
|
|
|
|
Bertudung tu zaman sek kot...ramai je time sek bertudung...abis sek..tkde lg ustazah ajar kan..tudung terus tkde |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar jarak jauh nmpk comel... sekali close up mcm faiz roslan plak |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan ruby rose dua lipa bagai, masuk porom dot com faiz roslan korang bagi. Terjun tiruk budak tu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam faiz roslan takpun ex makwe si babypian yg bermuka cm kembar faiz roslan..dua lipa???hell no!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|