Kehadiran Keanu Reeves bersama seorang wanita dikenali sebagai Alexandra Grant baru-baru ini di Gucci LACMA Art Film Gala di Los Angeles kini menjadi bualan hangat para peminatnya.
Hal ini dilihat agak mengejutkan kerana pelakon John Wick tidak pernah bersama dengan mana-mana wanita di karpet merah sejak 20 tahun ini.
Kredit foto: Forbes
Nampaknya mereka benar-benar dilamun cinta...
Kredit foto: W Magazine
Kredit foto: Evening Standard
Kredit foto: Newsbeezer
Kredit foto: Getty Images
Siapa Alexandra Grant?
Wanita berusia 46 tahun itu pada asalnya merupakan rakan kongsi perniagaan Keanu Reeves yang memiliki syarikat penerbitan buku X Artists' Books.
Alexandra Grant bekerja dengan Keanu Reeves untuk menerbitkan buku beliau iaitu Ode To Happiness dan Shadow pada tahun 2011 dan turut membuat membuat ilustrasi untuk buku tersebut.
Malah, Alexandra juga bekerja untuk Los Angeles County Art Museum (LACMA) di mana acara (Gucci LACMA Art Film Gala) ini diadakan.
Kredit foto: Artist Alexandra Grant bergambar dengan karya yang didermakan di Angel Art Fundraiser , program dianjur oleh Project Angel Food di NeueHouse Los Angeles, Hollywood, California. (Gambar oleh Greg Doherty/Getty Images)
Wanita lulusan dari Swarthmore College ini merupakan seorang artis di Los Angeles. Dalam karyanya, Alexandra selalu membayangkan pemikiran penulis melalui ukiran, lukisan, video, gambar dan sebagainya.
Malah beliau juga terlibat dengan projek amal grantLOVE yang mana hasil karya beliau digunakan untuk mengumpul dana bagi NGO di Los Angeles dan seterusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
Bukan biasa-biasa wanita pilihan Keanu kan?
Walaupun berita ini agak mengejutkan, namun para peminat rata-ratanya bersikap positif dengan perkembangan terbaru ini dan semestinya mahu bintang pujaan hati mereka, Keanu Reeves mengecapi bahagia.
Mereka sepadan kan? Selamat maju jaya Keanu Reeves! - CARI
|