|
Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya Nabil Mahir membuat pengakuan yang dia kini bercinta dengan Ayda Jebat.
Tak ada yang nak dirahsiakan lagi memandangkan Ayda dah pun buka mulut mengenai hubungan mereka.
Walaupun baru dalam proses kenal hati budi tapi hubungan tersebut dah pun diketahui oleh keluarga masing-masing.
"Bila cinta kami mula berputik, saya kurang pasti tarikhnya. Tetapi, sebagai individu yang sudah dewasa dan matang, kami sangat selesa apabila bersama.
"Dapat dirasakan, perasaan indah yang terbit dalam hati kami berdua semestinya lebih daripada sekadar kawan," katanya kepada Harian Metro.
Dah lama sebenarnya mereka berdua kenal, cuma baru beberapa byulan ini sahaja mula rapat.
"Apa yang pasti, kedua-dua pihak keluarga sama ada saya mahupun Ayda, penerimaannya baik sahaja.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu terburu-buru untuk membawa hubungan cinta dijalin ini ke fasa seterusnya.
"erancangan itu tetap ada dan tipulah kalau kami kata tak pernah bincang langsung mengenainya (ke arah perkahwinan)," tambahnya.
Kredit foto: IG
Okaylah tu, sama cantik sama padan. Tak begitu? -CARI
|
|