Tarian perang yang dipersembahkan putera-putera MTD (gambar hiasan)
Kredit foto: Facebook
Sudah tentu pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara mampu menarik nafas lega apabila selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Bagi sekumpulan putera-putera kanan Maktab Tentera Diraja (MTD) pula, mereka mempunyai cara tersendiri untuk meraikan peristiwa itu.
Mereka melakukan tarian perang atau lebih terkenal dengan tarian haka yang secara tradisinya dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Maori pada zaman dahulu.
Tarian perang tersebut seterusnya dipopularkan ke seluruh dunia oleh pasukan ragbi New Zealand All Blacks yang mempersembahkannya sebelum perlawanan bermula.
Aksi putera-putera kanan MTD itu dapat dilihat melalui rakaman video berdurasi 1 minit 56 saat yang tular setelah dikongsi @xharfanaliyan melalui Twitter.
Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali serta menerima lebih 27,000 likes dan 18,000 retweet.
Tarian haka yang dipersembahkan selepas selesai peperiksaan SPM 2019
Kredit foto: Twitter
Inisiatif mereka itu menerima reaksi positif para netizen, lebih-lebih lagi wanita muda dan gadis remaja.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Semoga mereka semua memperolehi keputusan SPM yang cemerlang dan terus gagah mengharungi dunia yang sangat mencabar. - CARI |