Kerjasama antara selebriti dengan pereka fesyen sememangnya sangat penting demi mencipta penampilan yang ikonik dan menyerlah setiap kali seseorang artis tampil membuat persembahan mahupun ketika menghadiri sesuatu acara seperti majlis anugerah.
Audrey Hepburn dan Hubert de Givenchy Foto -
Google
Seperti mana kerjasama antara pereka fesyen Hubert de Givenchy dan ikon fesyen 60-an, Audrey Hepburn dalam melahirkan pelbagai busana ikonik melalui filem seperti Breakfast at Tiffany's, industri hiburan tanah air turut menyaksikan kerjasama serupa berikutan beberapa selebriti dan pereka fesyen tempatan telah pun menjalin kerjasama fesyen sejak bertahun lama.
Malah sesetengah artis tanah air mempunyai stail skuad sendiri terdiri daripada pereka fesyen, penata gaya dan jurusolek yang bertangungjawab mencipta penampilan selebriti itu agar sentiasa tampil bergaya.
Oleh itu,
mari kita saksikan kerjasama antara pereka fesyen dan selebriti berikut. Sesetengah kerjasama berjaya menghasilkan gaya dan penampilan yang cukup ikonik dan diingati sepanjang zaman.
Dato' Sri Siti Nurhaliza: Michael Ong, Rizman Ruzaini, Radzuan Radziwil & Fizi Woo
Siti Nurhaliza dalam persalinan RR Foto- Google
Statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara membolehkan Siti Nurhaliza bereksperimen dengan ramai pereka fesyen terkemuka tanah air.
Di awal kemunculannya, Siti sering menyarung busana oleh pereka fesyen Michael Ong dan Radzuan Radziwil.
Zaman kemuncak kariernya adalah sewaktu Siti melangsungkan konsert di Royal Albert Hall, London. Siti memilih pelbagai busana tradisional seperti dres dan kurung moden yang diberikan sentuhan moden oleh pereka fesyen
Michael Ong dan Radzuan Radziwil untuk konsert sulungnya di luar negara. Hasilnya, Siti kelihatan cukup anggun dan bergaya namun masih kekal dengan inilai-nilai ketimuran.
Dres Siti nurhaliza oleh Radzuan Radziwil untuk konsert di London Foto- Budiey.com
Di hari perkahwinannya, Siti turut menggayakan busana oleh Radzuan Radziwil sewaktu majlis akad nikah dan majlis persandingan. Gaun rona pink ala fairytale rekaan Mchael Ong yang dipakainya sewaktu sesi memotong kek akan kekal ikonik dan diingati.
Gaun pink oleh Michael Ong yang dipakai Siti di hari perkahwinannya Foto- Google
Selain itu,
Siti pernah bekerjasama dengan pereka fesyen antarabangsa Bernard Chandran sewaktu menghadiri karpet merah Anugerah Grammys pada tahun 2007.
Siti Nurhaliza di Anugerah Grammys 2007- Foto- Google
Setelah berhijab, Siti nampaknya lebih selesa untuk bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Kerjasamanya dengan Rizman Ruzaini boleh dikatakan sebagai "hit and miss".
Terdapat sesetengah rekaan pereka fesyen tersebut kelihatan janggal dan membosankan pada Siti kerana pereka tersebut kerap menggunakan
signature design mereka iaitu gaun dengan skirt bertingkat yang dihiasi dengan batu permata yang menyebabkan penampilan Siti nampak sarat.
Siti di red carpet ABPH dalam busana RR Foto- Google
Namun, pereka tersebut masih berjaya menghasilkan beberapa busana ikonik untuk Siti. Contohnya persalinan Puteri Perak yang dipakainya sewaktu konsert Siti Nurhaliza on Tour di Singapura Mac Lalu. Sayangnya, pereka tersebut kerap mengitar semula idea rekaan busana pentas penyanyi tersebut terutama untuk konsert jelajah Siti.
Persalinan Puteri Perak oleh RR cukup ikonik dengan Siti Foto- Google
Konsep busana tradisional Puteri Perak pasti diulang pakai dalam setiap konsert jelajah cuma diolah dalam warna dan jenis fabrik yang berbeza. Malah,
kerjasama Siti dengan Rizman Ruzaini turut mendapat kritikan dari SitiZoners yang mahukan kelainan dalam busana pentas penyanyi kesayangan mereka terutama untuk konsert berskala besar seperti Konsert Siti nurhaliza On Tour.
Mujurlah sewaktu Konsert jelajah Siti Nurhaliza yang berlangsung Mac lalu di Axiata Arena, penampilan busana pentasnya tidak mengecewakan. Siti t
elah bekerjasama dengan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo bagi menyediakan busana pentas sepanjang konsert tersebut.
Siti memakai tulle ball gown berwarna merah oleh Fizi Woo Foto-
Google
Ternyata Fizi Woo berjaya memenghasilkan busana pentas yang mempuyai kesan “wow” apabila Siti muncul dengan memakai
tulle ball gown berwarna merah yang disulam dengan bait-baik lirk lagu popular penyanyi tersebut. Diharapkan Siti lebih kerap bekerjasama dengan Fizi Woo di masa hadapan.
Siti Nurhaliza dalam busana Fizi Woo di AIM 21- Foto-
Instagram @ctdk
Nur Fazura: Rizman Ruzaini
Sebut sahaja nama Fazura tentu ramai yang akan terbayangkan busana dan penampilan bergaya selebriti tersebut setiap kali menghadiri acara karpet merah dan majis anugerah. Fazura sering menggunakan khidmat pereka fesyen duo Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baiknya.
Fazura dalam busana RR di ABPH 30 Foto-
Google
Fazura dalam busana RR dengan draping dramatik di ABPH31 Foto- Google
Antara rekaan Rizman Ruzaini yang cukup bergaya dan ikonik adalah
gaun biru muda terinspirasi daripada watak Cinderella yang digayakan Fazura ketika menghadiri ABPH ke-30 dan gaun kuning lemon dengan hiasan draping dramatik yang digayakannya sewaktu menghadiri ABPH ke-31.
Gaun pengantin Fazura oleh RR Foto- mstar
Gaun pengantin Fazura bertemakan fairy tale rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi veil indah juga akan kekal diingati sebagai antara gaun pengantin selebriti terbaik sebaris dengan gaun pengantin Yuna, Anzalna dan Izara Aishah.
Fazura sendiri merupakan muse kepada pereka duo ini. Maka tidak hairanlah Fazura sering menggayakan rekaan RR yang lebih eksklusif dan tidak pernah digayakan selebriti lain dalam acara tertentu.
Dayang Nurfaizah: Rizalman
Penampilan pentas Dayang yang sering mempesona hasil sentuhan Rizalman Foto-Google
Persahabatan penyanyi Dayang Nurfaizah dan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sudah menjangkau usia 20 tahun.
Malah pereka fesyen terkenal itu mengumumkan bahawa penyanyi tersebut telah dipilih sebagai muse bagi rekaan Rizalman for Zalora 2020.
Peminat penyanyi ini berpeluang untuk menyaksikan kerjasama mereka berdua dalam Konsert Kesuma Jiwa yang bakal berlangsung pada 20 Februari tahun hadapan di Istana Budaya. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan kejutan dan penampilan Dayang di konsert itu yang tentunya akan mendapat sentuhan magis Rizalman.
Dayang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Rizalman untuk mereka setiap busana pentas yang digayakannya di Anugerah Juara Lagu dan Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya tempoh hari. Hasilnya busana pentas Dayang sering kelihatan mahal & ikonik.
Penampilan pentas Dayang oleh Rizalman untuk konsert dua dekad Foto-
Gempak.com
Setakat ini, busana pentas yang disediakan Rizalman tidak pernah mengecewakan malah membuatkan Dayang kelihatan seperti mega superstar setiap kali beraksi di atas pentas.
Pendek kata, seorang selebriti perlulah menitik beratkan soal penampilan mereka untuk kekal relevan dalam idustri. Kerjasama yang mantap antara selebriti dan pereka fesyen penting dalam mencipta imej million bucks dan eksklusif tatkala tampil beraksi di khalayak ramai. - CARI