View: 3696|Reply: 45
|
Denda, Penjara Kerana Ponteng Solat Jumaat Adalah Berlebihan - Kumpulan Peguam
[Copy link]
|
|
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman dikenakan terhadap enam lelaki yang ponteng solat Jumaat di Terengganu, baru-baru ini.
Memetik MalaysiaKini, Zaid Malek yang juga Penyelaras undang-undang LFL menyifatkan hukumasebulan penjara dan denda RM2,000 yang dikenakan adalah berlebihan.
Kredit foto: FB/Harian Metro
“Sudah tiba masanya rasional hukuman penjara dan denda terhadap pihak yang ponteng solat Jumaat dan kesalahan seumpamanya dipertimbangkang semula.
“Walaupun tindakan itu dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak dalam masyarakat Muslim, hukuman jenayah adalah berlebih-lebihan dan bukan cara untuk menanganinya,” kata Zaid.
Terdahulu, kesemua tertuduh mengaku bersalah ponteng solat Jumaat dengan berkelah di Air Terjun Sekayu antara jam 1 hingga 1.50 petang pada 23 Ogos lalu.
Lima tertuduh didenda RM2,400, manakala seorang lagi dikenakan denda RM2,500.
BACA JUGA: Tak Pergi Solat Jumaat, 6 Lelaki Dipenjara Sebulan
Dalam kenyataannya, Zaid menegaskan Islam sepatutnya sebuah agama kasih sayang, adil, belah ihsan dan sederhana.
Justeru, dia menggesa menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam meneliti semula perkara ini.
“Dakwaan gagal hadir solat Jumaat ialah perkara peribadi yang negara tidak patut campur tangan atau tadbir,” katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sepohon kayu daunya rimbun...lebat bunganya serta buahnya...walaupun hidup seribu tahun....kalau tak sembahyang apa gunanya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt pesbook pn rmai suara kn pndpt cam loyer nih |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Xsolat adalah perkara peribadi antara satu manusia dn tuhan dia. Apa kes nk tangkap dn hukum pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pun. X fikir ker budak2 yg kene tu meringkuk dalam jail sbulan sebab x gi smayang jumaat untuk kesalahan kali pertama? |
|
|
|
|
|
|
|
bunuh orang ,hina Malaysia, hina raja-raja Melayu, sokong komunis, sokong chin peng xkena tangkap pula!
Alih-alih semua Melayu yg kena penjara,kenapa ye??? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Genkidesuka at 5-12-2019 08:14 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Saja nak copy paste buat manfaat kpd semua kita yg jahil.
Seksyen 20, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 (yg tak dilaksanakan pun ) menyatakan:
“Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Peruntukan dengan isi yang sama juga dikongsi oleh beberapa negeri lain macam – Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Tapi ada juga peruntukan syariah di negeri-negeri tertentu yang menetapkan hukuman berbeza macam:
Kelantan – Denda tak lebih seribu atau penjara tak lebih satu tahun.
Pahang – Denda tak lebih RM50 dan penjara tak lebih 7 hari.
Kedah – Denda tak lebih RM100 dan penjara tak lebih sebulan.
Larangan Meninggalkan Solat Jumaat
Hadith:
Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.
Huraian Hadith:
1. Orang yang sengaja meninggalkan sembahyang fardhu jumaat tanpa uzur akan di tutup oleh Allah SWT pintu hati mereka dari mudah menerima kebenaran dan kebaikan terhadap agama.
2. Di antara tanda orang yang bersifat munafik itu ialah mereka yang banyak berbuat maksiat dengan meninggalkan yang wajib dan berbuat yang haram.
(Hadith Riwayat Muslim)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tk solat jumaat kena hukuman penjara sebulan dn denda RM 2,500. Ianya mengambarkan agama Islam tu zalim.. bukan la agama kasih sayang dan belas ikhsan.. Yg menjatuhkan hukuman ni hanya semata2 lebih kepada perasaan emosi daripada fikiran yg rasional. |
|
|
|
|
|
|
|
enakmen dah lama ada , sejak sstgh peguam2 ni masih menetek susu ibu
baru nak sedar ka bahlul?
pi la kaji dlu enakmen2 lain,
ni dh jalan, baru nk bising
bodo punya peguam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Allah pun nak dibandingkan ngan undang2 puak british a.k.a manusia....dah cantik Hukum Allah itu...cuma penilaian kita sebagai manusia je yang tak nampak kecantikannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh sket2 nak judge islam ikut nafsu dorang. Aku nak tgok boleh tak mamat ni guna ayat ni depan Allah nanti, kita rmai2 akan tgok |
|
|
|
|
|
|
|
Peguam tak semestinya celik agama
diorang perasan urban
mungkin tak tahu hukum WAJIB, HARUS, BERDOSA |
|
|
|
|
|
|
|
Genkidesuka replied at 5-12-2019 08:11 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Saja nak copy paste buat manfaat kpd semua kita yg jahil.
...
Enakmen di atas ckp 3kali berturut-turut. Diorang kena tahan sekali je. Mana boleh jatuh hukum lg |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah tu.. kira fardhu kifayah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat tak tahu je dengan segala langat lalat busuk
anti 'the way of life'
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Masalahnya di sini, kalau sanggup ponteng Jumaat utk bersuka2 berkelah... agak2nya la... org mcm ni... dah berapa kali ponteng Jumaat sebelum ni? Sekali tu je ke?
Ni baru 6 org. Sdgkan kita semua tahu, ramai lagi yg ponteng Jumaat kat luar tu. Bila time Jumaat, sanggup duduk berkumpul dlm kereta tunggu Jumaat habis, pastu time balik ofis, balik dgn org lain mcm biasa. Acah2 dah pergi Jumaat.
Tu belum solat fardhu lagi. Rasa2nya la kan... org yg sanggup ponteng Jumaat ni full ke tidak solat fardhu mereka?
Solat tiang agama - tak sempurna tiang, apa lagi yg tinggal? Amalan kebaikan lain pun takkan dikira. Tertolak. Apa yg tinggal? Zero, zip, zilch, nada, nothing. Bukan perkara main2. Kat akhirat esok, kita tak boleh berlebih kurang je dgn Allah. Sesungguhnya Allah amat berkira.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pelik,lagi ramai org gi semayang raya dari semayang jumaat..padahal semayang raya sunat jek
|
|
|
|
|
|
|
|
kang dh tulis atas tu pasal tak gi solat jumaat
|
|
|
|
|
|
|
|
mana nas yg bagitau pasal mender tu..?
padahal Rukun Islam dh mentioned Solat perkara wajib..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|