Naluri seorang kanak-kanak pasti ingin sentiasa bermain dan bergembira bersama rakan-rakan. Tambahan, kanak-kanak yang sedang membesar boleh tahan juga lasaknya.
Kalau ke gedung membeli-belah, pasti ada tempat permainan khas disediakan untuk kanak-kanak. Seperti kata pepatah,
'malang tidak berbau', pasti ada saja perkara berlaku jika anak tidak dipantau ketika sedang seronok bermain.
Menerusi Facebook Siti Nurafiqah, beliau berkongsi peristiwa saat anaknya ditolak seorang kanak-kanak lain ketika sedang menaiki permainan gelongsor. Kanak-kanak tersebut dilihat dengan sengaja menolak anaknya dari atas gelongsor sehingga hampir jatuh ke bawah.
Nasib baik ada seorang lelaki sempat menyambut anaknya itu sebelum betul-betul jatuh ke lantai. Peristiwa tersebut sempat dikongsi wanita tersebut kerana kebetulan dia merakan video aksi anaknya sedang bermain.
Dia menceritakan situasi cemas itu ketika sedang khusyuk merakam momen anaknya bermain dan secara tiba tiba, ada seorang budak lelaki menolak anak lelakinya itu sehingga jatuh.
Netizen yang melihat video tersebut rata-rata mengecam tindakan ibu-bapa yang seolah-olah tidak memantau anak-anak ketika bermain sehingga sanggup mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Mak bapak yang patutnya pantau anak-anak..
Dia sama sekali tidak menyangka kanak-kanak tersebut akan menolak anaknya tanpa sebarang sebab. Mujur ada yang menyambut sebelum keadaan menjadi lebih parah. Malah, ibu-bapa kanak-kanak tersebut tidak datang memohon maaf mengenai insiden tersebut.
Dalam pada itu, wanita tersebut sempat menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak ketika bermain di tempat awam.
Anda ada pengalaman seperti ini? Kongsikan kepada kami. - CARI