Eh, eh? Makin kerap bergambar bersama nampak. Betul ke ni tak ada apa-apa?
Kredit foto: IG
Pelakon Nazim Othman terus membuat peminat dan pengikut berteka-teki mengenai hubungannya dengan aktres Fatin Afeefa.
Nazim, semalam sekali lagi memuat naik gambar mereka berdua dan seperti biasa ruangan komen dipenuhi tanda tanya.
Tidak kurang juga yang menyakat mengatakan sudah 'terbau-bau nasi minyak'.
Namun, apa yang menjadi perhatian apabila aktor itu menjawab santai komen seorang pengguna yang teruja nak tahu gerangan sebenar kekasih pujaan hati Nazim.
"Tunggu je la 2020," balasnya.
Kredit foto: IG
Aik, nak umumkan apa-apa ke tu? Bikin penasaran saja Nazim nilah!
Jangan dah puas tepis dakwaan bercinta dengan Fatin, tup tup, 2020 nanti buat pengumuman nak berkahwin dengan aktres itu pula sudahlah. - CARI
|