Seorang lelaki ditahan polis di wilayah Misamis Oriental, Filipina selepas disyaki membunuh seorang wanita berhampiran kawasan perkuburan.
Selain membunuh mangsa dengan kejam, suspek, Lloyd Bagtong, 21, dipercayai memenggal dan memakan otak wanita itu dengan nasi.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut Channel News Asia (CNA) seperti dipetik Harian Metro, Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan tangan berikat.
Sementara itu, The Daily Tribune melaporkan ketika kejadian, suspek memukul mangsa dengan batang besi selepas melihatnya berhampiran tanah perkuburan.
Lebih kejam, suspek kemudian memenggal kepala mangsa menggunakan pisau.
Bagtong juga mengakui kepada polis bahawa dia memakan otak mangsa dengan nasi yang dimasaknya. Manakala, tengkorak mangsa dicampak dalam lubang berhampiran rumahnya.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami sakit mental berdasarkan maklumat penduduk setempat yang mengenalinya. - CARI |