Kecoh dua tiga hari ini apabila Kementerian Kesihatan (KKM) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah memberi amaran kepada pengusaha minuman supaya tidak memberi info silap ataupun dengan kata mudah,
'false advertising' terhadap produk masing-masing.
Yang menjadi perhatian adalah kerana pada masa yang sama, produk susu pisang keluaran Neelofa,
Nilofa telah dikritik hebat kerana telah memberi info dan maklumat khasiat pemakanan palsu dalam produknya.
Jumaat lalu, KKM telah memuat naik satu posting di laman rasmi Facebook mengenai susu pisang yang hanya sekadar susu berperisa, bukanlah ubat yang mampu merawat sebarang penyakit. BKMM juga turut memberi amaran supaya pengguna sentiasa
'alert' dan berwaspada dan tidak mudah tetipu dengan iklan produk makanan seumpama itu.
Semalam, usahawan itu telah tampil memberi kenyataan rasmi menerusi
IG TV di instagram rasmi Nilofa HQ untuk menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang berlaku.
Menurutnya, pihak KKM sudah pun melakukan tinjauan ke kilang untuk melakukan pemeriksaan.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Neelofa mengenai isu susu pisang
Nilofa.
"
ihak KKM sudah hadir ke kilang kami dan selepas beberapa penelitian, alhamdullilah apa yang kami perlu baiki adalah 'packaging' supaya ianya diklasifikasikan sebagai susu berperisa pisang,".
"
ihak kami juga sudah menghantar apa yang perlu diperbetulkan dalam keluaran seterusnya," jelasnya yang turut mengakui tiada tindakan susulan diambil atas perkara terbabit.
Neelofa juga berasa kesal dalam pernyataan beliau yang melihat bangsa Melayu sering menjatuhkan bangsa sendiri. Ketika ditemui pihak Melodi TV3, Neelofa berasa kesal kerana bangsa Melayu sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan perniagaan bangsa sendiri.
Dia juga menjelaskan risalah yang diedarkan mengenai khasiat susu pisang tersebut sebenarnya tidak mendapat kelulusan kilang dan ibu pejabat. Andai saya tahu perkara ini, pasti saya akan berhentikan pengedarannya," jelasnya lagi
Terdahulu, netizen dan juga pengamal perubatan seperti Dr. Amalina dan Dr. Imelda Balchin baru-baru juga ada menulis ciapan yang mempersoalkan tentang iklan produk yang memberi 'false advertising' secara melampau pada iklan yang disiarkan.
Neelofa juga meminta supaya orang ramai terus menyokong minuman gaya hidup terkini, Nilofa. - CARI