CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3475|Reply: 11

Apa Dah Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe ? Ratu Malaysia Tetap Semangat B

[Copy link]
Post time 9-12-2019 09:41 AM | Show all posts |Read mode







Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon ditimpa malang apabila dia telah  tergelincir lalu rebah  ketika menggayakan pakaian renang dalam acara swimwear sewaktu  pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia.



Shweta yang bermula dengan aksi penuh yakin dan bergaya tetap  berjaya meneruskan persembahan setelah rebah dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.




Kasihan, aksi Shweta yang tergelincir lalu rebah di pentas peragaan Miss Universe Foto- Awani.com







Biarpun terjatuh, Shweta berjaya bangkit dengan tenang dan meneruskan aksi catwalknya dengan penuh bertenaga lantas menerima sorakan gemuruh dari penonton.



  



Lebih menarik perhatian , wakil negara kita bukanlah satu-satunya peserta  yang berdepan kesukaran sewaktu acara wimwear itu, malah beberapa Miss Universe dari negara lain turut berdepan masalah sama.




Miss Universe France, Maëva Couckea adalah yang pertama sekali terjatuh kemudian diikuti oleh Miss Universe Malaysia. Selain itu, wakil dari Indonesia , Malta, dan New Zealand adalah antara yang nyaris tergelincir. Lebih menarik lagi, kesemua insiden malang terebut berlaku di suatu lokasi yang serupa iaitu di bahagian hujung pentas.



Keadaan pentas yang kecil dan licin adalah menjadi penyebab utama insiden malang tersebut berlaku sehingga memaksa acara diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada krew pembersihan mengemop kawasan  lantai yang licin.





Acara diberhentikan untuk kerja pembersihan Foto-Twitter






Menurut Datin Elaine Daly, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Shweta telah berjaya melakukan yang terbaik.


"Shweta telah berikan persembahan yang mantap, dia berjalan dengan penuh attitude, namun keadaan pentas yang licin menyebabkan Shweta 'tergolek', namun dia berjaya bangkit dengan cemerlang"








Shweta Sekhon tidak membiarkan insiden malang tersebut melumpuhkan semangatnya apabila dia berjaya tampil dengan yakin dan bersahaja dalam pusingan Evening Gown biar pun nampak sedikit berhati-hati dengan keadaan pentas.


  



Gaun malam  rekaan Carven Ong nampak bersinar dan menyerlah di atas pentas, malah rata-rata pemerhati memberikan ulasan yang cemerlang terhadap persembahan Shweta.


Miss Universe Malaysia dmemakai evening gown oleh Carven Ong Foto- misso_malaysia





Diharap kejadian tersebut tidak sesekali mematahkan semangat Shweta untuk beraksi dengan lebih baik dan membawa aspirasi serta hasrat rakyat Malaysia bagi menamatkan kemarau Malaysia selama 49 tahun untuk melepasi peringkat separuh akhir Miss Universe.





Pentas akhir Miss Universe 2019 akan berlangsung pada Isnin ini menyaksikan pemenang akan dimahkotakan dengan mahkota yang baharu tajaan Mouawad.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dapat best National Costume~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by inspiro92 at 9-12-2019 02:16 AM
epis replied at 9-12-2019 02:04 AM
Malaysia dapat best National Costume~


Sharelah video masa diorang  announce msia menang best natcos tu.terlepas  td. sempat catch up masa shweta explain natcos kat steve je. at least tahun ni ni x pulang tgn kosong.one step at a time.hrp die dpt miss congeniality.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 11:03 AM | Show all posts
I rasa bukan dia yg menang Natcos kot.. Kebayan yg menang, tapi x sempat nk tukar baju natcos.. sbb tu kak shweta yg take over.. Host tak announce nama Malaysia pun utk pemenang natcos.. but still a good higlight to Malaysia though
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 12:12 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 9-12-2019 11:03 AM
I rasa bukan dia yg menang Natcos kot.. Kebayan yg menang, tapi x sempat nk tukar baju natcos.. sbb  ...

dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 12:40 PM | Show all posts
Patut masa dah nampak peserta lain struggle nak lalu kat situ pihak pengajur dan buat tindakan segera tak perlu nak tunggu ada yang jatuh baru nak bertindak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2019 01:06 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 9-12-2019 12:12 PM
dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu

Yeah.. confirmed dah..saje jer Steve ni buat suspen..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 9-12-2019 12:12 PM
dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu

Yes betul. In fact, shweta sendrik yg betulkan steve,

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2019 02:15 PM | Show all posts
keji..
sikit2 philiphine..
hina sgt Malaysia ni..
smpai salah announced.
kalau salah host tkpe jgk.. tp dkt prompter dgn LED blkg tu pun..
shown philiphine..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cana nak embed ig lam komen eak? Ni haa kat sini blh nampak shweta bawak 5 meja skali masa catwalk.

https://www.instagram.com/p/B5y5LRhFVwq/?igshid=a766elzd1ut4
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 04:58 PM | Show all posts
cantik sheollsss..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 10:28 AM | Show all posts
cantik ek dia ni...kalau tak tau dia dari malaysia, tentu org ingat bollywood..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.584639 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list