Berakhir sudah konsert minggu ke sembilan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi yang mana menyaksikan semua peserta terselamat dari disingkirkan untuk terus beraksi ke minggu berikutnya iaitu separuh akhir.
Namun begitu, keputusan juri malam tadi dipertikaikan warga maya kerana buat kali kedua penyanyi Wann sekali lagi terselamat dari penyingkiran walaupun mendapat markah tercorot.
Pada konsert suku akhir ini, Wann mendapat komen yang kurang baik dari juri tetap Datuk Ramli MS - penyampaian Wann kurang baik biarpun jiwa dan perubahan dari segi susuan lagu bagus.
Manakala Hetty Koes Endang memberitahu Wan sepatutnya menyampaikan lagu Hitam Putih Kehidupan nyanyian Datuk Sheila Majid dengan lebih santai.
Kredit Foto - Instagram Wann
Tinjauan di laman sosi@l mendapati, warga maya sudah mula mempersoalkan keputusan GV6 terus mengekalkan dua peserta iaitu Wann dan Sham Visa biarpun menunjukkan prestari kurang baik.
Warga maya meluahkan rasa kurang senang di laman sosial Instagram Astro Gempak dan berpendapat ia hanya strategi pihak Astro bagi meraih rating dan trending di media sosial.
Bertabahlah warga maya sekalian. Juri yang dilantik bukan calang-calang orangnya. Mereka lebih tahu sejauh mana bagus atau tidak sesuatu persembahan peserta itu kan.
Untuk rekod, juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Agak-agak siapa juara GV6? - CARI
|