Apa dah jadi? Bekas pelakon aksi lucah Maria Ozawa bukan sahaja menyatakan sokongan terhadap pasukan Indonesia malah mengajak orang ramai menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA bersamanya, Selasa ini.
Selain itu, Maria, 33 turut berharap Indonesia bakal merangkul gelaran juara kali ini.
“Saya sangat gembira dengan kejayaan pasukan Indonesia dan amat berharap mereka dapat menjadi juara. Jadi saya menjemput anda semua menonton perlawanan akhir bersama saya menentang Vietnam, di Stadium Rizal."
Kredit foto: iamlejen.com
“Datanglah bagi menyokong Indonesia untuk memenangi perlawanan tersebut dan agar mereka dapat memberikan aksi yang terbaik sehingga bergelar juara Sukan SEA 2019," katanya menerusi Instagram.
Maria sebelum ini pernah membintangi dua filem Indonesia iaitu Menculik Miyabi dan Hantu Tanah Kusir pada 2009 dan 2010.
Dia kini menetap di Filipina juga merupakan duta rasmi syarikat judi atas talian Indonesia iaitu MPOSPORT. - CARI |