CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2094|Reply: 15

Baru 5 Jam Buka, Taman Tasik Titiwangsa Penuh Dengan Sampah Dan Manusia Teruk!

[Copy link]
Post time 17-12-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Vandalisme yang dilakukan!





Saat yang dinanti-nantikan oleh semua warga kota untuk menyaksikan pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa yang kini telah dibuka secara rasmi kelmarin. Kita juga dapat melihat ramai netizen berkongsi kecantikan taman rekreasi tersebut setelah beberapa tahun diubahsuai.



">


Kita semua tahu bahawa setiap taman tasik menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kita menggunakannya dengan cara yang berhemah. Semalam tular di Facebook apabila seorang pengguna berkongsikan pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh masyarakat kita di taman Tasik Titiwangsa yang baru sahaja dibuka semalam.


Menurut perkongsian ini, tidak sampai 5 jam dibuka, jelas kelihatan vandalisme yang dilakukan oleh mereka di papan tanda, sampah yang dibuang merata tempat dan penggunaan basikal melalui operator tidak berlesen.



Bukan sahaja tidak berlesen tetapi mereka juga dikatakan melakukan percubaan menaiki basikal di atas pejalan kaki (warna kelabu). Rata-rata netizen yang melihat gambar ini merasakan sikap rakyat Malaysia tidak bertanggungjawab.



Bawa basikal di atas pejalan kaki.






">






Persoalannya mengapa jika kita ke negara orang, kita mampu mengikut undang-undang negara tersebut dengan membuang sampah di tempat yang betul dan menjaga kebersihan negara mereka?


Sepatutnya kita sebagai penduduk di negara sendiri perlu mempunyai sikap bertanggungjawab menjaga harta awam yang telah disediakan oleh kerajaan bukannya membuat kerosakan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Denda shj mereka ni x boleh ke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:15 PM | Show all posts
pasang cctv..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
contoh terdekat, basikal kuning
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:22 PM | Show all posts
msian still 3rd class minded...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
{:dot {:dot {:dot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2019 03:01 PM | Show all posts
Semoga pesalah vandalisme dapat dikompaun
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 03:20 PM | Show all posts
pasang cctv yg tersembunyi, sebar gmbr kat laman web/fb rasmi. denda. settle.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 04:47 PM | Show all posts
denda la...... tak pun hire jah pegawai majlis suh depa pakai baju mcm org biasa menyamar sambil denda org2 otak zaman purbakala ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 05:26 PM | Show all posts
Kenakan denda baru mereka ada akal nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Geram ya aku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 09:39 AM | Show all posts
bila fasiliti 1st class tapi mentaliti 3rd class
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:07 AM | Show all posts
3rd class mentality
Sampah pun rakyat malaysia boleh buang merata2 tanpa rasa bersalah.
Inikan pulak nk hapuskan penggunaan straw... pakai baby carseat bagai... memang takkan berjaya punya.
Selagi otak masing2 takda kesedaran.
Mak bapak tak ajar anak dari kecik.
Sampai bila2 la pengotor.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:58 AM | Show all posts
typical perangai buruk malaysians..tp kalu troll sana sini, komplen kat medsoc..masing2 no 1
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 11:38 AM | Show all posts
simple..
pprt mentality
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg jakuns je prangai mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 1.158451 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list