|
Mengejutkan kerana papan iklan berkaitan Sugardaddy dinaikkan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur seterusnya mencetuskan kontroversi di kalangan warganet.
Memetik laporan ProjekMM, ia terletak tidak jauh dari sebuah masjid di Bangsar Baru, di mana ia memaparkan seorang wanita, memeluk bahu seorang lelaki berumur.
Kredit foto: projekmm
Pun begitu, iklan bagi mempromosi satu aplikasi itu telah diturunkan selepas adanya aduan dibuat kepada Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.
“Siasatan akan dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana iklan seperti ini boleh disiarkan, dan jika pengusaha didapati melanggar peraturan maka tindakan tegas akan diambil,” kata wakil rakyat Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Beliau juga memaklumkan iklan itu telah dibuang dan tidak sesuai, malah tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Ramai di kalangan warganet berasa terkejut dan mempersoalkan bagaimana iklan tersebut boleh terlepas? - CARI |
|