Penerbit drama terkenal,Haji Zeel atau nama sebenarnya Fadzil Teh tetap dengan pendirian beliau yang mencari bakat baru dalam bidang lakonan dengan bersandarkan pada paras rupa sebelum dipilih untuk membintangi drama di bawah produksi milik beliau.
Zeel mengulas mengenai pendiriannya yang memang menjadi resam manusia untuk melihat sesuatu yang indah dan cantik, justeru ianya memang akan menjadi keutamaan untuk memancing penonton.
Kredit foto: Google Image
"Kalau nak ambil pelakon baru, kena cantik dan elok dalam TV. Bagi saya senang saja, orang cantik kena keluar TV, yang kurang tu elok jadi penonton di rumah sajalah," katanya ketika ditemui oleh mStar online.
"Rasanya kita semua nak tengok yang cantik dan elok untuk tatapan, siapalah yang nak tengok yang tak elok dekat TV kan? Jadi saya memang akan pilih rupa paras yang menarik untuk jadi pelako di bawah produksi kami," ujarnya lagi.
Menurutnya, pelakon baharu ini harus lah menambah ilmu lakonan seperti pergi kelas berlakon, jangan harap muka semata-mata, mantapkan lagi bakat yang ada," katanya kepada mStar.
Haji Zeel yang memiliki syarikat produksi, Zeel Production Sdn. Bhd. itu mengulas lanjut ketika diminta untuk memberi pendapat mengenai faktor pemilihan pelakon baharu di bawah produksinya.
Kredit foto: Google Image
Kredit foto: Google Image
Isu mengenai 'rupa paras dan bakat, manakah yang menjadi keutamaan?' ini telah dibahas dan telah mencetuskan sebuah kontroversi apabila Datuk A. Aida telah menyuarakan pandangan secara lantang kepada ramai iaitu mengenai isu rupa paras sangat penting untuk seseorang menjadi pelakon kerana perkara itu adalah realiti masa kini.
A.Aida sebelum ini telah bersuara mengenai isu tersebut dan berkata ianya tidak perlu dipertikaikan kerana industri lakonan pada era kini memerlukan pelakon utama yang memiliki rupa paras menarik kerana ianya adalah 'bisnes'.
Rupa paras dan bakat haruslah seiring, kalau tak artis hanya akan menjadi suam-suam kuku kelak. Apa pendapat anda? kongsikan kepada kami. - CARI |