Zizan Razak di atas katil hospital.
Kredit foto: Instagram
Walaupun ditahan di hospital kerana dijangkiti virus influenza A, pelawak dan pengacara terkemuka Zizan Razak masih sempat berjenaka dalam Instagram.
Secara berseloroh, dia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dia mempunyai 'A' dalam pengalaman hidupnya.
"Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A.
"Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi, sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan," tulisnya.
Kenapa dengan tangan Zizan?
Kredit foto: Instagram
Zizan turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berada di tempat awam dengan memakai topeng muka untuk mencegah jangkitan.
"Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza sama ada A atau B bergantung kepada kecemerlangan anda.
"Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys," ujarnya.
Zizan dan Tiz Zaqyah. Kredit foto: Instagram
Semoga Zizan segera sembuh dan jangan lupa memakai topeng muka selepas keluar dari hospital nanti. - CARI |