Program realiti TV, Running Man (RM) bukan sahaja popular di Asia, malah turut menjadi rancangan kegemaran seluruh dunia.
Tidak kering gusi dibuatnya menonton aksi spontan para selebriti dalam menyelesaikan misi mereka.
Kredit foto: Soompi
Pada mereka yang biasa menonton program ini, seperti kebiasaan pasti akan ada selebriti jemputan pada setiap episod baharu.
Artis jemputan bukan sahaja artis tempatan, malah selebriti antarabangsa turut dijemput bagi memeriahkan lagi program itu.
Sebelum ini, RM pernah disertai Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg.
Bintang 6 Underground Sertai RM
Terbaru, produksi RM telah memberi petunjuk akan menjemput selebriti Hollywood dalam episod baru kelak seperti dipetik dari murai.my dan Korea Star Daily.
Kredit foto: Kakimuvee
Selebriti yang dimaksudkan ialah bintang filem Netflix terbaru, '6 Underground' yang dilakonkan Ryan Reynolds, M'lanie Laurent dan Adria Arjona.Jika Trailer episod tersebut telah ditayangkan selama 45 saat.
Dengan kemunculan bintang Hollywood ini, penulis percaya ramai yang sudah tidak sabar menanti dan teruja untuk menonton RM yang dijangka akan ditayangkan pada 22 Disember ini. - CARI
ekceli diorg dtg tu bukan berbayar pun. tp sbb nk promosikan movie masing2 je. kirenye win win la since running man ni walaupun rating die slow kt SK, tapi satu asia yg suka tgk RM.
Biasa ja berbanding time Tom Cruise (maybe i tak expect cast mission impossible boleh buat lawak). Ryan buat lawak deadpool mcm biasa, the other two cast just get along. singkat sgt kot. tak puas!