CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3431|Reply: 13

KWSP Kesal Pesakit Kanser Dipaksa Ke Kaunter Untuk Keluarkan Wang

[Copy link]
Post time 23-12-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode
"Sedia Membantu Anda"


Berikut adalah slogan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), sebuah organisasi tabung simpanan persaraan yang bertujuan menyediakan manfaat persaraan kepada pekerja sektor swasta dan berpencen di Malaysia.


Namun, slogan itu tidaklah seindah yang disangka apabila organisasi ini dikecam hebat rakyat Malaysia di atas sikap pekerja mereka.


Pada 21 Disember  lepas, Nur Sheila Abdullah ada berkongsikan sebuah posting di Facebook miliknya berkenaan staf KWSP yang tidak kompeten dan tiada sikap prihatin.


Menurut Sheila, beliau ada pergi ke bangunan KWSP dan bertanya kepada pegawai di situ berkenaan kakaknya yang menghidap penyakit kanser dan mahu mengeluarkan baki di akaunnya.


Oleh kerana kakaknya terlantar di atas katil dan tidak boleh bergerak, dia meminta jasa baik pegawai KWSP agar membuat lawatan ke rumahnya untuk mendapatkan cap jari secara manual dan pengesahan diri si pencarum.





Sumber Gambar: Facebook Nur Sheila Abdullah





Namun, jawapan diberikan pegawai KWSP sangat mengecewakan apabila mereka menyatakan bahawa si pencarum wajib menghadirkan diri ke pejabat untuk pengesahan cap jadi tidak kira menggunakan apa-apa cara sekalipun.




"Tak kisahlah nak datang naik ambulans atau menggunakan stretcher pun, janji boleh datang"


Berikut adalah jawapan biadap tak tidak berperikemanusiaan yang diberikan oleh  pegawai tersebut, membuatkan Sheila berasa agak terkilan ketika itu.


Tambahnya, pejabat KWSP tersebut tidak mempunyai kemudahan untuk ambulans, namun hanya menyediakan tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU) yang kurang sesuai untuk ambulans.





Sumber Gambabr: Facebook Nur Sheila Abdullah





Lebih menyedihkan, Sheila dan keluarganya menyewa sebuah ambulans untuk membawa kakaknya ke bangunan KWSP, namun mereka dihalau pengawal keselamatan untuk ke belakang bangunan kerana khuatir akan mengganggu pengunjung lain.


Sheila turut berkongsikan rasa sedihnya melihat kakaknya yang sudah tidak upaya hadir ke kaunter dan melakukan proses pengesahan cap jari.


Selepas beberapa ketika, barulah pegawai KWSP tersebut menyatakan bahawa sebenarnya mereka boleh menggunakan alternatif lain iaitu pengesahan cap jari manual. Namun, informasi ini diberitahu selepas semuanya selesai.







Ironinya di sini, duit di akaun KWSP tersebut adalah duit pencarum sendiri, namun apabila si pencarum mahu mengeluarkan duit mereka iaitu hak mereka sendiri, si pencarum seolah-olah dilayan seperti pengemis. Rentetan isu ini menjadi tular di laman sosial, KWSP memohon maaf dan kesal di atas apa yang terjadi kepada pesakit kanser tersebut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 10:57 AM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 23-12-2019 10:59 AM

https://mforum1.cari.com.my/foru ... 591&fromuid=2378666
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 11:38 AM | Show all posts
pukimak kwsp ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 12:50 PM | Show all posts
Permohonan maaf tak setimpal dengan susah payah & sakit hati pengadu..
Kesian tak dapat bayang rasa malu pesakit bila di bawa ke kaunter dalam keadaan orang ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:07 PM | Show all posts
selagi tak viral tak kecoh..takde maknanya baru nak minta maaf bagai..
sbb tu perlunya kuasa viral benda2 mcm ni..kalau tak diam takde bunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pecat staff
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2019 04:17 PM | Show all posts
Dalam kes macam ni peranan budi bicara haruslah diguna pakai bukan berdegil arah harus ikut sop juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:47 PM | Show all posts
dalam hal macam ni elok la viral ...

saya syak makcik yang duk kat kaunter pertanyaan tu mmg bodoh sombong (mostly kaunter pertanyaan di mana-mana agensi kerajaan)

apa-apa sop pun boleh berubah mengikut situasi dan keadaan tertentu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 04:58 PM | Show all posts
undang2 manusia
bkn ke utk kemaslahatan sesama manusia
so...klu kes yg kritikal mcm ni
dh xblh pk sgt dh ke


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:30 PM | Show all posts
zaman PH ni ,kita kita hidup mcm dalam negara Komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mereka dah ada sop utk urusan macam ini. Sama ada pekerja kat depan tu tak tahu atau bodoh sombong. Aku pernah berurusan utk kes lbh kurang sama dgn kwsp/tabung haji utk arwah ayah aku. Memang ada sop utk pencarum yg x boleh bergerak langsung atau uzur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 04:21 PM | Show all posts
adakah pegawai tersebut dah selamat ditukarkan or dikenakan tindakan tatatertib? mmg melampau dilayan mcm pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2019 04:55 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 26-12-2019 04:21 PM
adakah pegawai tersebut dah selamat ditukarkan or dikenakan tindakan tatatertib? mmg melampau dilaya ...

tak dengar kabar beritapun nama staff tu...identiti dia mesti dirahsiakan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2019 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 26-12-2019 08:55 AM
tak dengar kabar beritapun nama staff tu...identiti dia mesti dirahsiakan

Mesti among employees epf mesti tahu. Ekekeke. Malangnya, meols takde org dlm plak utk korek info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040386 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list