View: 13915|Reply: 67
|
Patutlah Lelaki Muda Memilih Wanita Berusia, Wajib Baca Lima Sebab Di Bawah
[Copy link]
|
|
Foto: Pixels
Dahulu, nahaslah kalau pilih perempuan lebih tua sebagai isteri. Boleh kecoh satu kampung. Tambah kalau perbezaan umur antara pasangan terlalu jauh. Boleh meroyan mak mertua yang dapat menantu begini. Belum lagi ipar duai yang jenis batu api.
Stigma masyarakat beranggapan wanita berusia tidak mampu memberi zuriat yang sempurna. Wanita juga dianggap lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki setelah bersalin. Malah merugikan andai wanita putus haid sedang suami masih muda. Tak kurang yang beranggapan wanita berusia adalah queen control .
Seiring peredaran zaman, ikatan antara lelaki muda dengan wanita berusia telah diterima masyarakat. Malah ada yang sanggup meninggalkan isteri hanya kerana wanita yang lebih berusia.
Lalu, apa yang menyebabkan lelaki memilih menjalin hubungan dengan wanita berusia? Semak hal di bawah. Jom!
1. Wanita Berusia Lebih Matang
Foto: Pixels
Masalah pasti wujud dalam ikatan, tak kiralah dengan wanita lebih muda atau tua. Tetapi bagaimana reaksi pasangan dalam menghadapi masalah akan menentukan tahap keruh dan jernihnya perhubungan.
Kalau pasangan sama usia atau lebih muda, boleh jadi tiga hari tiga malam baru habis membebel andai pasangan melakukan kesalahan kecil, berbanding wanita berusia yang lebih mengerti kerana sudah melalui fasa keanak-anakkan. Kecualilah wanita berusia itu tidak bersikap sesuai dengan usianya.
2. Mempunyai Pengalaman Dalam Menjaga Hubungan Dengan Pasangan
Foto: Pixels
I lap you, you lap me. Ayat 'cintan' maut masa baru berkenalan dan berkahwin. Realiti kehidupan tak selancar yang difikir. Hubungan cinta akan menempuh saat genting. Kesibukan tugas, mengurus anak-anak, ekonomi dan lain-lain akan menyumbang konflik. Masa inilah segala perangai yang cuba ditutup terhambur keluar. Mulalah rasa bosan terhadap pasangan timbul. Salah percaturan boleh tergadai kebahagiaan.
Dilihat, wanita lebih berusia pandai mengurus masalah ini. Pengalaman menghadapi banyak orang membantu mereka supaya lebih kreatif dan berani dalam mewarnai hubungan bersama pasangan. Kejutan, aktiviti bersama, puji-pujian dan berdiam diri apabila suami marah antara yang dilakukan.
3. Serius Dan Menyokong Perhubungan
Foto: Pixels
Kalau sekadar nak main-main jangan mendekati wanita berusia kerana mereka serius dengan perhubungan. Sekali kamu serius, mereka berganda serius. Mereka akan mencurah usaha agar perhubungan berlanjutan dan mencapai apa yang kamu berdua rencanakan iaitu perkahwinan.
4. Membantu Mengurus Kewangan
Foto: Pixels
Majoriti wanita berusia sudah stabil dari segi ekonomi. Manakala lelaki yang lebih muda masih mencari tapak dalam kerjaya. Lelaki muda cenderung berbelanja tanpa tujuan, semua benda mahu dibeli dan dicuba.
Wanita berumur dilihat mampu menjadi penasihat dan perancang kewangan. Ada pula yang sanggup membantu suami atau pasangan yang tidak mampu. Dalam cabaran ekonomi sekarang, sebilangan lelaki muda melihat faktor kewangan menjadi salah satu syarat memilih isteri. Siapa yang tanggung siapa sebenarnya?
5. Memilih Untuk Berterus -Terang Berbanding Makan Hati
Foto: Pixels
Pernah tak, tiba-tiba isteri atau pasangan mencuka berhari-hari tanpa sebab? Boleh buat suami bingung, tau. Bila ditanya tak pula mahu menjawab. Orang mudalah katakan, semua perkara mahu dipendam.
Wanita berusia pula lebih berani dalam menyampaikan pendapat dan rasa hati. Pandai pula menyusun kata tanpa emosi yang berlebih-lebihan.
Sikap dewasa wanita berusia dalam menegur kesalahan pasangan membantu suami menjadi lebih matang. Sikap saling terbuka ini memupuk perhubungan yang sihat.
Umur bukanlah pertimbangan mutlak dalam menentukan matangnya seseorang. Ada juga yang muda namun lebih matang dari yang berumur. Adatlah kalau yang seumur atau lebih muda banyak kekurangan. Sama-sama masih bertatih dalam melayari perhubungan dan bahtera rumah tangga. Mereka kurang, anda pun tak sempurna. Namun, andai anda pelik kenapa lelaki muda memilih wanita berumur, salah satu di atas mungkin faktor penyumbang.
Menurut anda bagaimana? Jom berkongsi komen? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
helloooooo ni semua sebab duit la..
tak payah senarai 5 ni pun memang sebab utama dia DUIT |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-12-2019 12:12 PM
helloooooo ni semua sebab duit la..
tak payah senarai 5 ni pun memang sebab utama dia DUIT
Hahahahahahahaha.. Kan kurex.. Choi laaaa.. Suka sebab semua ni.. Semua sebab $$$ |
|
|
|
|
|
|
|
xde makna nya
dia nmpk duit jer....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapelah yang minat sangat lelaki berwajah mumayyiz ni. Tak endorse langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Erk kalau Laki muda banyak duit drp janda miskin pula macamana |
|
|
|
|
|
|
|
Aiolzs pernah jgk ler..tp xsuka sgt laki muda sbb kuat jeles,mngongkong even just as a friend...bila terus terang pun still nk kejar2 lg..dah ler beza ktorg 7thn..mmg idok ler ai nak...y dulu siap ugut2 nk bunuh diri lg..ai was like.......duhhhhh~{:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Aku langsung X minat laki muda. .kalau jauh beza umur..takat setahun dua tiga ok lah ...dah rasa macam adik., ..anak |
|
|
|
|
|
|
|
mitossss. aku lebih muda dr laki aku. npe aku lg matNg dri dia {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 me kurang minat lelaki muda, puas mnolak tp skrg lani Allah dh jodohkn dgn yg mamat muda...me trima jelah...asalkn dia tahu tanggungjwbnya. |
|
|
|
|
|
|
|
AkokKocik replied at 23-12-2019 01:54 PM
Dulu2 me kurang minat lelaki muda, puas mnolak tp skrg lani Allah dh jodohkn dgn yg mamat muda...me ...
Muda berapa tahun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yuki812 at 23-12-2019 02:07 PM
siannya ppuan berusia ni..kena sesuai ngn laki berusia dah tarap laki org ke..kang kena sumpahan makian 7-8 keturunan tak sudah dituduh perampas laki org pulak..
ada yg meroyan pulak..
btw iols sendiri mmg tak berminat ngn laki muda..walau muda setahun. trs turn off nk manja2. tp ppuan lain suka laki muda..atas dasar apapon..iols tak kisah. |
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 23-12-2019 02:06 PM
siannya ppuan berusia ni..kena sesuai ngn laki berusia dah tarap laki org ke..kang kena sumpahan mak ...
Semua atas diri sendiri lah ...kalau asal berlaki boleh ja pilih yang mana2 pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perempuan tu tua, miskin, gemuk dan tak cantik tapi baik hati, dan sopan santun, nak ke tak nak. |
|
|
|
|
|
|
|
wanita berusia ni adalah bermaksud andartu...
andartu ada pelbagai kategori... |
|
|
|
|
|
|
|
Ouch topic.heheheheh.
M sure he choose me sbb i cantik, anggun jelita muka mcm ratu cantik tahun 70an, boleh? Sighhh atas alasan apa pun, siapa kite nk menidakkan takdir? I didnt choose him, n he didnt look for me.
& M sure money is not his motivation sbb he insists i berenti kerja n duk umah je.
@Veneer |
|
|
|
|
|
|
|
Huh.. Hujung cari gak perempuan muda |
|
|
|
|
|
|
|
Cari kelainan dan pengalaman. Lagipun lebih mencabar, banyak mengajar erti kesabaran. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|