CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7831|Reply: 47

"Ramai Bagi Derma Rasa Simpati"- Pakcik Makcik 'Berniaga' Keropok Tepi

[Copy link]
Post time 23-12-2019 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Nenas



Akal, emosi dan sentimen


Apabila perasaan kasihan melebihi kewajaran, seorang peniaga tepi jalan meluahkan isi hatinya mengenai sikap orang kita.



Menurut Moreeza Mohamad yang berniaga buah nenas berhampiran sebuah bank tempatan, ini adalah luahan setelah menyaksikan sendiri bagaimana makcik dan pakcik yang 'meniaga' keropok itu sebenarnya adalah pengemis sindiket yang mengambil simpati orang ramai.



Golongan ini lebih banyak pendapatannya berbanding peniaga kecil sepertinya. Dimana keadilan itu?




Fb




Pengalamannya berniaga di kaki lima  Maybank Seksyen 9 BB Bangi, menjelaskan 'perniagaan' berupa SIMPATI dan sentimen lebih untung berbanding produk yang diusahakan dengan titik peluh sendiri.



Rupa-rupanya warga emas yang kononnya menjual itu kebanyakan adalah dari Selatan Thai yang sanggup duduk di atas lantai kaki lima yang kotor.



"Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Harga yang dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yang dijual. Tapi orang masih memberi sedekah sebab kasihan."



Fb




Bagi Moreeza, bisnes modelnya jauh lebih susah kerana untuk set booth sahaja ambil masa 20 minit. Itupun kalau dapat kaki lima dan 'offload' barang cepat. Belum termasuk mengangkat  2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku  polystrene berisi nenas potong dan jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dan lain-lain. Semuanya berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.



Sedangkan 'perniagaan' berteraskan simpati itu begitu laris. Ada saja pelanggan 'mencampakkan' RM10, RM5 kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa pun barang jualan mereka. Duit masuk, barang tak keluar.



fb




Malahan dia juga menyimpulkan ianya sindiket kerana pada jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand, parkir menyorok lalu menyuruh seorang budak kecil memanggil Pakcik dan Makcik itu.



Lebih malang, hasil lumayan mereka dibawa ke Thailand tanpa memberi faedah kepada anakjati Malaysia yang masih ramai susah dan gigih berusahasiangmalam. Ada warganet Yang tahu mengenai sindiket ini.



fb




Aduhai, mesti ramai di antara kita yang pernah bersedekah kepada makcik dan pakcik sebegini. Apa kata selepas ini, sokong peniaga tempatan pula supaya mereka lebih maju dan bersemangat menjana ekonomi negara. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde PBT yang kawal bende ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat petaling jaya, selangor pun ada kat maybank selalunya. X pernah beli sbb penah nampak depa turun dr hilux baru warna grey. Aku pun naik myvi jer huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:34 PM | Show all posts
dah lama dah aku perati puak2 ni

sepeket keropok minyak tak tahu pakai minyak apa diorg buat goreng dan kadang2 berbau teruk tu sekejap rm7, sekejap rm5, lom lagi asam2 yang bebaru ni masuk dlm TV3 kot ada kandungan yang tak elok tu, sebotol kecik rm10, hahhahah, padahal klu beli kat kedai2 4 botol rm10, gile x gile la harga

klu x nak beli dia minta derma plak,  orang nya bertukar2, bukan orang yg sama, diorg akan rotate,

aku pon x faham mcmana diorg ni boleh lepas buat kerja2 mcm ni, pihak berwajib da kenyang ke tido ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 01:49 PM | Show all posts


mcm2 scam malaysia nii
scam selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedap keropok yg puak2 ni jual...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
skrng ni tgk kt mna2 bank pun ad dorang dok tpi pintu msuk tu. krepek2 tu yes mmg byk yg dah hncur blemuih duk bsusun kt situ tah brapa lama. org xbli pun agaknya sedekah je duit.
klau yg tgh mkn mnum tu i tgk main campak je smpah bngkusan dlm longkang dpn bank xbgn bjln msukkn kt tong pun. lg la xjd nk kesian.

klau dh dtg pun org hntar naik hilux/van sah2 la sindiket. xyah sedekah la bg kaya dorang bt ape. bank pun ad cctv. patut phak bwjib amik tndkn hpuskn sindiket yg suka amik ksmptan ni. ikut knderaan yg bwk dorang ni siasat sape dalang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:12 PM | Show all posts
depa ni bg mkn jek.. tak payah beli2..  kawan daku chinese rajin naw belanja mkn ke sek2 org siam ni.. dia kata x sampai hati.. depa pon pandai x bg duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je..kt pasar malam tu pun ada..mostly sindiket laa..

Tp y moreeza ni,meniaga tepi jalan...hmmm...tak mnyusahkan org lalu lalang kaki 5 tu ke?in da first place,xde mtk lesen sah ke utk bukak booth?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar: depa ni bg mkn jek.. tak payah beli2..  kawan daku chinese rajin naw belanja mkn ke sek2 org siam ni.. dia kata x sampai hati.. depa pon pandai x bg d ...


ai ada tgk beggar pacik cainis yee..org bg mkn,dia mkn pstu buang smpah merata..walhal tong sampah xbrp jauh drpd tmpt dia..ada hari tu,ai jln ler pstu tbe2 mcm ada lempar botol gitu..rupenye pacik cainis peminta sedekah tu..ai mmg jeling n buat muka kt dia..

Dasar pemintak sedekah tp prangai cam sh*t..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:19 PM | Show all posts
skang ni bukan stakat jual2 keropok je, dah macam2 org da ade yg minta derma utk tahfiz la, org cacat baring depan bank la..bukan taknak sedekah tapi aku kadang rengsa dengan dorang siap cam memaksa kita derma kat dorang lak..sori org2 cmni aku da tak nak layan da sejak kes akak buta stulang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:48 PM | Show all posts
aku pun keja kat pj.. selalu nampak yang meniaga ni.. buat kita rasa kesian.. tapi kalau buta aku bagi jek rm5.. orang buta pun menipu.. semua tipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:49 PM | Show all posts
aku pun kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorg pekerja ada gaji tempat tinggal semua..yang hantar dan ambil tiap2 pagi dan malam hilux..kualiti barang memang hauk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ke yg tertipu? I mmg dr kecik dh phm benor ngn modus dorang ni. Ada pacik buta ni dari i kecik naik bas, dia akan naik setiap bas dgn bc alfatihah. 1 bas dpt lah rm5 utk 1 bas. Bygkan kalu 10 bas. Zaman kecik2 dulu bas ni kira pengangkutan utama. Pacik buta tu ada 4 bini, berbiji2 rumah sewa. Mkn asyik mintak yg mewah2 jer. Yg terbaru pacik jual kopok kt kfc. Setiap minggu tukar duit kecik ribu riban ngn staff kfc. Busuk2 dlm 6-8k sebulan. Dah2la tu tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mmg menempel kt luar bank tu mmg jgn hrp aku nk bg. Sakit hati pulak tgk sbb dorang ambik kesempatan los org cucuk duit org hulur kt dia. Ada tgn ada kaki kot. Aku sgup lg bg kt umah anak yatim or pkcik cleaner. Atleast dorang berusaha cari nafkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dorang yg jual keropok dekat tepi bank ni kurex jeling dengan jelingan mak tiri je.. paksa2 aku beli pulak. dah la tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 03:41 PM | Show all posts
Dah lama tahu sebab tu tak layan mereka2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni xdak kena mengena tapi ritu iols pergi kedai eco kat kulim..ada sorang laki ni pakai kopiah juai ikan masin ke keropok keping xigt..ayat dia suruh beli mcm dia susah sgt..sekali time iols nak balik lintas jalan amboi kau kemain ehhh naik kereta mcm 4wd tu dia gelak kat iols..disebabkan benda ni iols mmg xhingin nak kesian kalau yg jenis jual kat luaq kedai buat muka kesian sbb byk yg menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu ritu p makan kat kedai yg jenis letak kad konon heols jual ni utk tampung perbelanjaan yada yada yada.. kadang mcm kesian tapi malas nak layan sbb byk sgt yg menipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051537 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list