CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 17

"Kami Sedia Maafkan" - Keluarga Pesakit Kanser Maafkan KWSP

[Copy link]
Post time 23-12-2019 05:00 PM | Show all posts |Read mode
“Kami sedia maafkan mereka.”


Itulah yang dikatakan oleh adik perempuan pesakit kanser tahap empat, Nur Sheila Abdullah selepas pengalaman buruknya ketika menguruskan kakaknya itu di pejabat KWSP Johor Bahru tular.


Susulan itu lagi katanya, pihak KWSP sudah bertemu dengan kakaknya semalam, memetik laporan Harian Metro.


Kredit foto: Berita Harian




“Ya, benar wakil mereka (KWSP) ada melawat kakak saya pagi semalam, namun ketika itu saya tidak berkesempatan bertemu kerana berada di luar rumah.

“Apa yang saya dimaklumkan pihak mereka ingin berjumpa dan bersemuka dengan saya. Mereka mungkin ingin membuat perbincangan selanjutnya,” katanya.


Dia juga berharap perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain di luar sana.


“Saya harap supaya perkara sama tidak berulang dan tidak menimpa mereka di luar sana.


“KWSP harus melakukan sesuatu berkaitan isu ini dan mendidik kakitangan mereka supaya lebih berperikemanusiaan,” katanya.


Terdahulu, kisah wanita berusia 56 tahun terlantar kerana menderita kanser tahap empat menjadi tular kerana dia terpaksa diusung ke pejabat KWSP bagi tujuan pengeluaran caruman miliknya.


Dalam kejadian itu, wanita ini turut dibawa menggunakan ambulans untuk membuat pengeluaran wang bagi tujuan rawatan serta perubatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 05:04 PM | Show all posts
hah baru baca kt bod tular td

isu ni jgk mesti terpakai utk semua jabatan/agensi khususnya yg perlu berurusan di kaunter perkhidmatan
buat 1 sop khas berkenaan kes2 terpencil begini



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyatnyer
Takder timbang rasa ker
Duit titik peluh sendiri tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:28 PM | Show all posts
suh epf bayor kos ambulance...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:29 PM | Show all posts
kejam betul kwsp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 05:50 PM | Show all posts
biasa la kes2 terpencil camni selalu terlepas pandang...

tahniah kpd Nur Sheila Abdullah kerana tidak mem'viral'kan nama pegawai epf yg terbabit

tapi kes camni dh cukup memalukan semua warga epf

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kak kerana viral kan isu ni.. Kalau x selama nya lah ditakuk lama perkhidmatan badan2 mcm ni.

Semoga dipermudahkan segala urusan akak ni sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:16 PM | Show all posts
APA APA PUN PENGAJARANNYA IALAH: KENA TULAR KAN DULU.

Sumber FB Suhili Nain

Apabila tengok kes KWSP tu, ia berlaku pada 17hb Disember, selasa. Sampai khamis*, tiada apa-apa maklum balas diterima oleh pengadu.

Apabila pengadu mula muat naik di media sosial, 21hb Disember, barulah dapat maklum balas daripada KWSP Johor Bahru pada 22hb Disember.

KWSP Johor Bahru lambat bertindak dalam isu aduan tersebut. Apabila sudah tular, barulah mereka bagi maklum balas. Sedangkan mereka ada masa rabu dan khamis*.

*Jumaat adalah hari cuti bagi Johor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk kt gambar di sorong terbaring masuk ofis ,adeihhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:23 PM | Show all posts
alhamdulillah sbb viral laju tindak balas dr kwsp...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai tu ingat dgn ckp mcm tu, org tu malas dah nk amik.....

Haa...kau, betul betul dtg dgn ambulance....dia perlukn duit utk rawatan...lg pun duit dia...bkn duit epf punnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada sis shila sebab viralkan secara berhemah. If not tak adil juga kepada pekerja kwsp lain yang berhempas pulas bagi khidmat terbaik. Pengalaman sendiri makcik naik wheelchair ke Jom Heboh, tak dapat masuk ke booth sebab ramai orang, terus ada staff datang bawak kios cap jari ke luar booth. So aku percaya ni hanya kes yg sangat jarang berlaku and maybe staff kaunter ni yg buat judgement sendiri, maybelah. Harap pengalaman ni mematangkan kwsp lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn sy bru gtaw psl kisah ni..mmg kejam dan tak berhati perut lgsg pegawai epf y attend acik ni..and y paling geram tu,common sense mana?following rules tu bagus tp utk kes mcm ni,better rujuk pd org atasan..

Bkn saja2 acik tu nak kuarkn duit epf..guna utk rawatan dia..nmpk sgt pegawai ni sejenis y tak bertanggungjawab..yelaa,nak cepat,so xnak berganjak drpd kerusi kaunter tu,xnak byk keje,just ckp mcm tu jah..

Agaknya kalau acik tu dah nyawa2 ikan,kalau pegawai tak berhati perut mcm ni y attend,dah arwah dah acik tu..semoga bnde ni berbalik pd pegawai tu..biar dia rasa penderitaan acik tu caner,dgn susah nak bergeraknya,masih lg dipaksa..bodoh pegawai epf skrg ya..not only pegawai epf sahaja laa..most of the gov related officers..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ikanmasin: alhamdulillah sbb viral laju tindak balas dr kwsp...

kalau x viral,xdenye nak amek apa2 tindakan pun..hakikatnya gitulaa institusi zmn skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena dgn socso 4 tahun lps sbb arwah suami mohon pencen ilat. Arwah dh terlantar kt hospital masa tu. Bila call dh la susah nak jawab. Bila diterangkan pasal keadaan suami yg terlantar, pegawai tu acuh tak acuh cakap kena datang juga.. Katanya bukan senang nak kumpul jemaah doktor untuk sesi temuduga nak dapatkan pencen ilat tu. Dlm 2 minggu lepas tu suami sy meninggal. Sy ada buat aduan melalui panggilan email dan telefon, tapi takde respon pun. Mungkin waktu tu sy pun patut viral kan juga seperti kes ni baru pihak2 berkenaan nak tunjuk yang mereka kisah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon agree x semua pekerja mcm tu.
So far aku pegi epf kat tempat aku, diorang siap bukak kan pintu, assist nak buat apa sampai la settle urusan.
Maybe now banyak urusan dah boleh buat online, so diorang ada masa untuk layan customer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat kwsp buat orang sakit mcm ni. Pegawai dia patut kena tindakan atau dipecat. Menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2020 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah berurusan dgn epf s.alam,kl dan PJ...so far Alhamdulillah takde.mereka very good.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.131897 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list